Aston Martin DBX707, SUV paling berkuasa di dunia jadi Kereta Perubatan F1 2023

oleh Muhammad Md Tajudin|
Aston Martin DBX 707
Aston Martin DBX 707
Selain persaingan di antara perlumba dan jentera, aksi Kereta Keselamatan (F1) juga hebat untuk diperhatikan dan Kereta Perubatan yang sedia untuk ke lokasi insiden.

Semestinya jauh untuk dibuat perbandingan dengan kereta lumba F1, namun kedua-dua kereta itu di antara yang terhebat di dunia dan boleh dibeli di bilik pameran.

Pusingan pertama F1 di Bahrain memberi peluang kepada penonton untuk melihat kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah paling berkuasa di dunia Aston Martin DBX707 beraksi.

Aston Martin sudah beberapa musim membekalkan kereta untuk F1 dan kini DBX707 dijadikan Kereta Perubatan Rasmi FIA F1.
Aston Martin DBX 707

 

DBX707 ditugaskan untuk membawa kaki tangan perubatan ke lokasi insiden yang dilaksanakan oleh Kereta Perubatan DBX pada dua musim sebelum ini.

Dari segi prestasi, pecutan 0 hingga 97 kilometer sejam (km/j) hanya memerlukan 3.1 saat dengan kuasa 707 PS dan tork 900Nm yang dibekalkan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar.

Pemandu DBX707 boleh memecut ke lokasi insiden dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

Pembekalan kereta rasmi untuk F1 turut membantu Aston Martin dalam pembangunan produk.

 

Aston Martin DBX 707

 

Data yang diperolehi dari DBX di litar lumba telah membantu pakar dinamik Aston Martin untuk membangunkan DBX707.

Satu daripada naik taraf utama ialah penggunaan transmisi klac basah yang membolehkan penukaran gear dibuat lebih cepat.

Fungsi Race Start dengan keupayaan mula pandu yang ditambah baik pula membolehkan DBX707 sedia untuk beraksi apabila dihubungi Penyelia Perlumbaan (Race Control).

Turut memainkan peranan untuk dinamika DBX707 ialah tayar P Zero yang dibangunkan khas dan dibekalkan Pirelli selaku Rakan Tayar Global F1.

 

Aston Martin DBX 707

 

Sebagai kereta perubatan yang beraksi di litar, DBX707 dilengkapi pemadam api, beg perubatan, defibrilator, kerusi lumba dengan kelulusan FIA dan tali pinggang keledar enam sudut.

Penumpang boleh berhubung dengan Penyelia Perlumbaan dan bukan sahaja melihat sistem FIA Marshalling tetapi juga data biometrik pelumba dan imej siaran langsung perlumbaan.

Maklumat itu boleh digunakan untuk membuat penilaian awal sekiranya berlaku insiden.

Sekiranya berminat, versi jalanan DBX707 telah dilancarkan di pasaran tempatan pada September 2022 dengan harga permulaan RM1,098,000, tidak termasuk cukai.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Aston Martin DBX 707

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama. Paling…
Gaya Hidup
Kerjasama baharu itu akan menyaksikan tiga model Aston Martin diperkenalkan ke dalam PUBG MOBILE,…
Pelancaran
DBX707 memperoleh namanya daripada jumlah output keseluruhan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar…