Aston Martin DB5 Junior, kereta kecil tapi harga besar (Dari RM193k)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Aston Martin DB5 Junior
Aston Martin DB5 Junior
Satu untuk ibu bapa dan satu untuk anak. Ini adalah Aston Martin DB5 Junior, kereta elektrik skala dua pertiga untuk kanak-kanak yang dibangunkan dengan kerjasama Aston Martin dan The Little Car Company

Pembangunan DB5 Junior memakan masa lebih 15 bulan dan imbasan 3D dari model asal DB5 dibuat bagi memastikan hasil yang tepat.

Walaupun dibangunkan untuk kanak-kanak, DB5 Junior mempunyai saiz yang besar, panjang sekitar 3 meter dan lebar 1.1 meter dan boleh memuatkan seorang dewasa dan kanak-kanak duduk bersebelahan.

DB5 Junior menggunakan casis aluminium corak sarang madu (honeycomb) dan badan dari komposit untuk berat yang rendah iaitu sekitar 270kg.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Aston Martin DB5 Junior

 

Kereta ini dilengkapi rangkaian kuasa elektrik dengan output 5kW/6.7 bhp yang memacu roda belakang dan boleh memecut sehingga 48 km/j. 

Pada bahagian dalam, papan pemuka dipenuhi dengan meter dan tolok Smiths seperti model asal dan diperbaharui untuk kegunaan semasa.

Tolok minyak diganti dengan meter bateri, suhu minyak kini mengawasi suhu motor manakala jam Smiths yang sama seperti model asal berada di depan kerusi penumpang.

Stereng yang digunakan juga mengikut skala dua pertiga dengan fungsi lepas cepat (quick release) supaya mudah untuk masuk dan keluar buat pemandu.

Turut berfungsi ialah lampu utama, lampu brek, lampu isyarat dan hon. Bahagian dalam kereta dibalut dengan kulit hitam dan pemandu atau penumpang boleh menyimpan barang di dalam but.

 

Aston Martin DB5 Junior

 

DB5 Junior mempunyai komponen pengendalian hebat, sistem gantungan depan jenis wishbone seperti model asal dengan roll centre dan camber gain menyamai geometri juga seperti yang asal.

Bahagian belakang pula menggunakan gandar period-correct live dengan suspensi trailing arm atas dan bawah dan Panhard rod.

Di sebalik roda 10 inci ialah brek cakera dengan teknologi pembrekan regeneratif bagi pemulihan kuasa. Selain brek tersebut, kereta ini turut dilengkapi brek tangan hidraulik ala kereta rali.

Pek bateri boleh alih dipasang di bawah bonet dengan jarak perjalanan di antara 16km hingga 32km bergantung kepada gaya pemanduan.

 

Aston Martin DB5 Junior

 

Bateri kedua boleh ditambah dan diganti dalam masa beberapa saat sahaja. Satu lagi fungsi menarik ialah DB5 Junior mempunyai tiga mod pemanduan iaitu Novice, Expert dan Race.

Aston Martin turut menawarkan varian berprestasi DB5 Vantage Junior yang mempunyai tambahan mod pemanduan Vantage. 

Dengan mod itu, output kuasa meningkat sekali ganda kepada 10kW/13.4bhp termasuk kelajuan maksimum yang bertambah.

Kuasa kereta dihantar kepada roda melalui Limited-Slip Differential (LSD) untuk cengkaman lebih baik pada kelajuan tinggi. 

Prestasi kereta dipertingkat lagi dengan badan ringan gentian karbon dan pek bateri kedua yang memberikan ekstra jarak perjalanan kepada 32km hingga 64 km, bergantung kepada gaya pemanduan.

 

Aston Martin DB5 Junior

 

Aston Martin juga menawarkan kepada pemilik program penyesuaian (custom) atau pemadanan dengan kereta saiz penuh mereka termasuk nombor casis yang sama untuk DB5 Junior. 

Pembeli turut ditawarkan aksesori seperti kit peralatan, bateri tambahan dan sebagainya. 

Pemilik DB5 Junior akan menerima keahlian Kelab Pemilik Aston Martin secara automatik dan tiga salinan pendaftaran spesifikasi unit masing-masing sebagai rujukan masa depan dan pengesahan ketulenan.

Setiap satu salinan disimpan di tiga lokasi berbeza iaitu ibu pejabat Aston Martin di Gaydon, Aston Martin Works di Newport Pagnell (lokasi pemasangan DB5 asal) dan ibu pejabat The Little Car Company.

 

Aston Martin DB5 Junior

 

Sebagai tambahan, pelanggan akan menerima keahlian The Little Car Club yang membolehkan mereka menyertai acara eksklusif bersama anak atau cucu dan memandu DB5 Junior di litar lumba berprestij.

Pengeluaran DB5 Junior bermula di UK pada 2021 dan penghantaran dijadual dalam tempoh dua tahun.

Memiliki Aston Martin DB5 Junior tidak murah, ia didatangkan pada harga £35,000 (RM192,827) untuk DB5 Junior manakala DB5 Vantage Junior pula dari £45,000 (RM247,921).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Aston Martin DB5 Junior

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau kerana anda sebenarnya masih lagi boleh memandu sebuah kereta Aston Martin DB5 meskipun…