Selepas penggambaran tamat, kereta efek itu dijual kepada pengumpu kenderaan dan bertukar tangan beberapa kali sehingga sampai ke tangan Anthony Pugliese III, seorang pengumpul memorabilia barangan Hollywood.
Aston Martin DB5 penuh dengan efek itu kemudiannya dicuri dan tidak didengar lagi selama hampir 20 tahun.
Baru-baru ini, Christopher A Marinello, Ketua Eksekutif Art Recovery International mengaku mendapat berita bahawa DB5 itu berada di salah satu negara Timur Tengah.
Namun begitu, Christopher berkata mereka perlu memastikan kenderaan itu adalah yang asli.
"Kereta efek itu mempunyai nombor chasis DP/216/1. Oleh itu, sangat penting untuk kami lihat gambar nombor chasis itu sebelum memulakan perburuan," sambungnya.
DB5 efek itu pada mulanya dijual dalam hujung 1960-an kepada Richard D. Loose dengan harga US$12,000.
Pugliese membelinya dengan harga US$250,000 sebelum ianya dicuri dari tempat simpanannya di Florida.
Harga anggaran DB5 istimewa itu sekarang ialah US$10 juta.