Aston Martin DB11 V8 Coupe, warna ikonik Magnetic Silver - dari RM849,200

oleh Mohamad Hanif|
Aston Martin Kuala Lumpur baru-baru ini memperlihatkan sebuah DB11 V8 Coupe kustom yang menampilkan warna luaran ikonik digelar sebagai Magnetic Silver, serta pakej spesifik yang boleh dipilih oleh para pelanggan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pakej luaran dikenali sebagai Black Pack yang menampilkan item seperti layangan warna hitam pada gril hadapan, ekzos, liang udara sisi, sementara penggunaan warna hitam berkilat pula boleh dilihat pada bahagian seperti bumbung, splitter, diffuser dan ambang sisi.

 


Ruang dalaman Aston Martin DB11 ini boleh dilengkapkan dengan Luxury Pack yang terdiri daripada corak quilting Nexus, dan Celestial Perforation pada tempat duduk.

Sementara Technology Pack pula terdiri daripada ciri keselamatan seperti Auto-Park Assist, serta kelengkapan model seperti tempat perehat tangan berkuasa, kawalan pad sesentuh, dan sistem audio premium Aston Martin.

Tidak cukup dengan itu, para pembeli model DB11 V8 Coupe ini boleh mendapatkan kelengkapan opsyen lain seperti angkup brek berwarna merah, tali pinggang keledar berwarna Spice Red, jahitan Aston Martin Wings pada perehat kepala, kemasan Jewellery Dark Chrome, unit lampu belakang dengan efek asap, rim jejari Y bersaiz 20 inci dengan kemasan Gloss Black Diamond, serta trim gentian karbon.

 


Aston Martin DB11 V8 Coupe dikuasakan oleh nadi 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan, menghasilkan 503 hp dan 675 Nm dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.0 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 301 km/j.

Model DB11 kustom ini didatangkan dengan jaminan kilang selama tiga tahun, Aston Martin Extended Warranty selama 24 bulan, serta servis berjadual selama lima tahun untuk ketenangan minda pemilik.

 


Harga jualan Aston Martin DB11 V8 Coupe dengan warna Magnetic Silver ini boleh didapati bermula dari RM849,200 tidak termasuk cukai dan duti yang berkaitan.