Namun, impian untuk menghasilkan antara 15-25 unit supercar tersebut tidak kesampaian dan sehingga kini hanya satu unit sahaja yang diproduksikan oleh Aston Martin.
Unit tunggal ini kemudian telah menjalani proses restorasi semula oleh Classic Motor Cars, dan syarikat itu mahu melaksanakan kembali impian asal Aston Martin untuk mencapai kelajuan tertinggi 200 batu sejam (322 km/j).

Untuk mencapai kelajuan tersebut, Aston Martin Bulldog didatangkan dengan enjin 5.3 liter bentangan V8 dengan turbo berkembar Garret yang mampu menghasilkan 600 kuasa kuda dan 678 Nm.
Harus diingat, angka tersebut wujud era penghujung 70-an dan ia masih lagi dianggap sebagai angka yang memberangsangkan walaupun mengikut standard moden.
Berdasarkan ujian pertama yang dijalankan, supercar bentuk taji itu berjaya mencapai kelajuan tertinggi 261 km/j, namun menurut syarikat tersebut proses pembangunan masih lagi berjalan dan mereka akan menjalankan ujian kedua bertempat di Royal Naval Air Station, Yeovilton.