Aston Martin bina kembali model kesinambungan DB5 daripada filem Goldfinger - 28 unit sahaja, lengkap dengan gajet berfungsi

oleh Mohamad Hanif|
Aston Martin DB5 merupakan sebuah kereta ikonik yang membintangi filem James Bond Goldfinger serta turut menarik perhatian apabila LEGO juga menjual model skala DB5 tersebut lengkap dengan gajet tersembunyi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik di sini, Aston Martin akan bekerjasama dengan EON Productions (bukan Edaran Otomobil Nasional) untuk membina sejumlah 28 unit model kesinambungan yang diinspirasikan daripada DB5 Goldfinger tersebut. 
 


Aston Martin memberikan jaminan bahawa walaupun ia merupakan replika daripada prop filem, kesemua 28 model DB5 itu merupakan model reproduksi yang dipastikan ketulenan, kualiti pembikinan dan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. 

Tugas reproduksi semula itu akan digalas oleh Aston Martin Works dengan spesifikasi yang mengikut ciri asal sebuah kereta James Bond seperti gajet berfungsi dan plet nombor pendaftaran yang mampu bertukar. 

Walaubagaimanapun, ciri ejector seat tidak dipastikan oleh pihak Aston Martin untuk dilengkapkan sekali pada model kesinambungan ini. 
 


Fasa pengedaran 25 buah kereta tersebut bakal bermula menjelang tahun 2020, dan dua buah kereta yang lain masing-masing akan diserahkan kepada Aston Martin dan EON Productions, manakala kereta yang ke-28 pula bakal dilelong untuk tujuan amal. 

Tiada sebarang maklumat teknikal didedahkan oleh Aston Martin, maka berkemungkinan besar mereka akan mengekalkan enjin original 4.0 liter enam silinder sebaris yang mampu menghasilkan 282 hp/379 Nm membolehkan ia memecut sepantas 7.1 saat dari pegun ke 100 km/j sebelum mencecah kelajuan tertinggi 238 km/j. 

Namun, berita buruk di sini ialah harga DB5 bermula dari $3.5 juta (RM14.33 juta tidak termasuk cukai) dan kereta ikonik ini sebenarnya tidak sah untuk digunakan di atas jalan raya, termasuklah jalan raya Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini. 
 


Walaupun tidak sah untuk kegunaan seharian, menurut CEO Aston Martin, Andy Palmer menyatakan model DB5 ini bakal menjadi model yang paling berharga dan terulung di kalangan para peminat dan pengumpul kereta-kereta eksotik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau kerana anda sebenarnya masih lagi boleh memandu sebuah kereta Aston Martin DB5 meskipun…
Berita Global
  Kereta ini dilengkapi rangkaian kuasa elektrik dengan output 5kW/6.7 bhp yang memacu roda…
Berita Global
  Untuk pengeluaran baharu, Aston Martin turut bekerjasama dengan penerbit filem James Bond iaitu…