Aspark OWL rasmi dijual di AS, Eropah - bermula dari RM14 juta

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu, walaupun memiliki nama yang agak menghampiri sifat orang putih, Aspark Owl sebenarnya lahir dari Jepun, dan dibangunkan oleh firma kejuruteraan Aspark.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Model hypercar OWL telah pun diperlihatkan secara rasmi pada tahun 2019, namun baru-baru ini ia telah pun mula dijual di Amerika Syarikat dan Eropah menerusi jaringan pengedar terpilih sahaja.

Setakat ini, terdapat dua pengedar sahaja iaitu di Beure, Perancis dan Miami, Florida, manakala di Jepun sendiri terdapat sebuah pusat pameran terletak di Osaka.

 


Aspark OWL dikatakan merupakan kereta dengan pecutan terpantas di dunia, memiliki pecutan 0-96 km/j dalam masa 1.72 saat sahaja sebelum mencapai kelajuan tertinggi 400 km/j!

Untuk mencapai kepantasan tersebut, model hypercar ini dilengkapi dengan empat motor elektrik yang mampu menghasilkan angka output 1,985 kuasa kuda dan 2,000 Nm.

 


Motor elektrik tersebut memperoleh tenaga daripada pek bateri lithium-ion 64 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 450 km (data kitaran NEDC).

Membantu pencapaian yang impresif itu adalah casis monocoque yang diperbuat daripada gentian karbon, serta panel badan daripada bahan yang serupa.

Selain daripada itu, Aspark OWL turut menampilkan sistem aerodinamik aktif dan sistem brek seramik karbon yang dibantu dengan penggunaan angkup brek sepuluh (YA, SEPULUH!) omboh di bahagian hadapan.

 


Sayang sekali, model ini hanya dihasilkan sebanyak 50 unit sahaja di Manifattura Automobili Torino, Itali.

Harga jualan? $3.5 juta atau RM14 juta mengikut kadar pertukaran matawang semasa.