ASM Global Route - 3,580 laluan udara antarabangsa baharu diperkenalkan pada 2022

oleh Penyumbang Rencana|
Industri penerbangan global menyaksikan sejumlah 3,580 laluan udara antarabangsa baharu diperkenal pada 2022.


Ia di sebalik berlakunya ketidaktentuan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, kata perunding penerbangan yang berpangkalan di UK, ASM Global Route Development.


Naib Presiden Kanan dan Perunding Tony Griffin berkata walaupun terdapat bilangan laluan baharu yang diperkenalkan, industri itu masih menanggung kerugian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Amerika Syarikat menyumbang 400 laluan baharu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Rome-Fiumicino mengumumkan 48 laluan baharu, yang tertinggi antara semua lapangan terbang di dunia.

 

"1,930 laluan adalah 'pasaran laluan bandar baharu," katanya semasa perbincangan panel bertajuk 'Versatility As The New Strategy' pada acara Routes Asia CNX 2023 di Chiang Mai pada Rabu.

Pengarah Serantau Pemasaran Boeing untuk Asia Tenggara Neil Hathi berkata syarikat penerbangan di seluruh dunia telah menunjukkan prestasi yang baik untuk penyesuaian dan pemulihan, terutamanya meletakkan kapasiti ke dalam pasaran domestik.

 

"Kami juga melihat kargo terus menjadi tumpuan utama bagi syarikat penerbangan kerana permintaan semakin meningkat, dan kami melihat banyak syarikat penerbangan menggunakan pesawat berbadan sempit mereka," katanya.

 

Routes Asia, cetusan idea Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan penganjur acara penerbangan The Routes - menyediakan platform untuk syarikat penerbangan, lapangan terbang, pihak berkuasa pelancongan dan pihak berkepentingan penerbangan di rantau ini bertemu, berkongsi amalan terbaik dan membangunkan strategi rangkaian serta memastikan masa depan pembangunan perkhidmatan udara di seluruh rantau Asia Pasifik.

 

Dikenali sebelum ini sebagai New Route Asia, The Routes pertama kali diadakan pada 2003 di Kuala Lumpur. Sedekad kemudian, MAHB menjadi tuan rumah bersama Routes Asia 2014 dengan Lembaga Pelancongan Sarawak di Kuching.

 

– Bernama