Asia GT Festival kembali menggegarkan Sepang Mac ini!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kejayaan penganjuran kali pertama pada tahun lalu, Asia GT Festival akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang buat kali kedua pada 13-15 Mac 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, ia merupakan acara permotoran terbesar yang bakal dianjurkan dengan penyertaan daripada 300 buah jentera selama tiga hari berlangsung. 

Tahun ini, sebuah inisiatif baharu akan diperkenalkan, iaitu Golden Sprint Challenge (GSC) yang memfokuskan kepada format perlumbaan jentera GT (GT3, GT4, GTM, GTC dan one made cup), perlumbaan sprint pemandu tunggal dan juga perlumbaan malam. 
 


Selain daripada pengenalan GSC, antara acara lain yang bakal berlangsung termasuklah China GT Championship, Malaysia Speed Festival (MSF), Pertunjukan Pendidikan dengan kerjasama British High Commission, serta CeleB Bazaar yang bakal menampilkan selebriti tempatan. 

Festival ini juga turut mempamerkan pertunjukan lebih daripada 50 buah syarikat, perhimpunan kelab kereta dengan lebih daripada 700 buah kenderaan, taman tema mini serta trak makanan. 
 


Acara Asia GT Festival membuat debut rasmi pada 15-17 Mac 2019 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Ia merupakan acara pertama seumpanya yang diadakan diluar China dan berjaya menarik kunjungan kira-kira 40,000 orang penonton sepanjang tiga hari berlangsung. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sehubungan dengan itu, pihak Federation Internationale de l'Automobile (FIA) dan Federation of…