ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2018 nobat Toyota sebagai jenama paling selamat

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2018 bertempat di Kerawang, Indonesia baru-baru ini, Toyota telah dinobatkan sebagai jenama yang paling selamat berdasarkan pencapaian mereka di dalam ujian pelanggaran kereta baharu yang telah dijalankan sepanjang 2017-2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejayaan yang dicapai ini adalah berdasarkan pencapaian Toyota menerusi empat anugerah yang berasingan iaitu:

  • ASEAN NCAP Excellence Award for the Most 5 Star Brand (2017-2018)
  • ASEAN NCAP Excellence Award - Continuous Safety Improvement - Toyota Vios
  • ASEANNCAP Excellence Award - Continuous Safety Improvement - Toyota Rush
  • Best Adult Occupant Protection Award - Toyota C-HR
     

Generasi terdahulu Toyota Vios dan Toyota Rush mencatatkan penarafan empat bintang namun dengan penambahbaikan dari segi ciri keselamatan terkini, kedua-dua model tersebut mampu mencapai penarafan lima bintang penuh daripada ASEAN NCAP. 
 


Crossover Toyota C-HR juga telah menerima anugerah Best Adult Occupant Protection di kalangan kenderaan yang telah diuji oleh ASEAN NCAP sepanjang tahun 2017-2018, berdasarkan skor yang tinggi dicatatkan di dalam ujian tersebut. 

Berdasarkan pencapaian yang diperoleh, Toyota kini merupakan satu-satunya jenama yang menerima jumlah penarafan lima bintang tertinggi di dalam penilaian keselamatan kenderaan yang telah dijalankan oleh ASEAN NCAP pada tahun 2017 dan 2018.

Aspek keselamatan merupakan salah satu keutamaan yang ditekankan oleh Toyota, dan menyedari aspek ini tidak bergantung kepada kualiti kenderaan di atas jalan semata-mata, malah ia juga turut merangkumi komponen-komponen penting iaitu orang awam dan juga persekitaran trafik. 

Untuk itu, Toyota telah membangunkan sistem keselamatan serta menjalankan ujian penyelidikan termasuklah ujian pelanggaran dan simulasi tersendiri dalam usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan kenderaan mereka. 

Inisiatif korporat global pertama Toyota, Start Your Impossible (SYI) bertujuan untuk mencapai sasaran sifar kematian trafik dalam usaha untuk memberikan dunia mobiliti yang lebih selamat dan lebih mampan kepada semua orang. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…