Asal usul nama 'motosikal'!

oleh SALINA JALIL|
Pada awal nya, banyak pengeluar basikal menyesuaikan reka bentuk basikal mereka untuk dipasang enjin stim.


Enjin pembakaran dalaman kemudiannya mengambil alih peranan enjin stim yang berat dan tidak mampu memberikan jarak yang jauh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perkataan 'motosikal' pertama sekali digunakan pada tahun 1894 oleh Hildebrand & Wolfmüller yang mula menghasilkan motosikal siri pengeluaran yang pertama dan menggunakan perkataan  motosikal dalam bahasa Jerman iaitu Motorrad.

 

Di England pula, Excelsior Motor Company, sebuah syarikat yang pada asalnya merupakan syarikat pembuat basikal yang berpangkalan di Coventry, England, telah memulakan pengeluaran model motosikal pertama mereka pada tahun 1896.

 

Motosikal pengeluaran pertama di Amerika Syarikat pula adalah Orient-Aster, yang dibina oleh Charles Metz pada tahun 1898 di kilangnya di Waltham, Massachusetts.

 

 

Kemalangan maut pertama yang direkodkan berpunca dari motosikal pula terjadi pada 1 Jun 1896, dengan sebuah motosikal berenjin stim di Amerika Syarikat.

 

Sylvester Roper, 73, merupakan seorang pencipta yang telah mengejar rekod kelajuan motosikal stim nya bagi mengatasi kelajuan 30 batu sejam yang merupakan kelajuan motosikal stim waktu itu.

 

Roper menunggang pada kelajuan melebihi 40 batu sejam (64 km/j) mengelilingi trek, apabila bahagian hadapan motosikalnya mula bergoyang-goyang.

 

Roda dan fork hadapan telah rebah dan remuk, lalu mengakibatkan motosikal itu menjunam bersama penunggang nya. Roper maut ditempat kejadian.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…