Aruz varian baharu?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kami dapat merasakan demam Aruz masih lagi belum kebah memandangkan masih begitu ramai yang  aktif melontarkan komen di laman rasmi Facebook Careta.

Untuk menambahkan lagi perisa ke dalam lauk yang baru sahaja tiga hari dihidangkan oleh Perodua, kami ingin membawakan sebuah 'varian baharu' untuk SUV tujuh tempat duduk daripada Perodua itu. 

Berdasarkan dua keping gambar yang baharu sahaja kami terima daripada pakar manipulasi gambar Theophilus Chin, beliau telah menggunakan magik dalam menjadikan Perodua Aruz lebih arus perdana. 

Antara perubahan yang dibawakan oleh Theophilus untuk varian sporty Aruz ini adalah penambahan extension pada arca roda, mengurangkan jarak kelegaan tanah dan jarak di antara roda turut ditambah bagi menampakkan stance yang lebih gagah. 
 


Manakala jalur krom pada bahagian sisi kiri dan kanan kenderaan juga telah ditukar kepada warna hitam kilat. 

Sementara itu, di bahagian lampu utama depan dan belakang, Theopilus memberikan efek yang lebih gelap sebelum mengakhirinya dengan gril hadapan yang dihiasi dengan elemen merah. 

Tidak dilupakan juga perumah cermin sisi dan antena sirip ikan jerung turut dilayangkan warna hitam kilat. 

Jadi, berdasarkan dua keping imej ini, adakah wajar Aruz diberikan varian baharu yang lebih sporty? 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Wan Kamarul Azran berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz dipandu mangsa…
Berita Domestik
  Beliau menjelaskan bahawa pencapaian 2021 lebih sesuai dibandingkan dengan prestasi 2019, di…
Informasi
  “Kami berbesar hati dapat berkongsi kelebihan Aruz – antaranya ruang yang luas, tahap…