Aruz 2021 - peningkatan kelengkapan tanpa peningkatan harga

oleh HEZERI SAMSURI|
Perodua telah melancarkan varian terkini untuk SUV 7-tempat duduk terlaris negara, Aruz.

Tidak ada perubahan teknikal diberikan, tetapi lebih kepada penambahan aksesori tanpa sebarang peningkatan harga.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Aruz varian X masih mengekalkan harga RM68,526 sementara varian AV pula kekal RM73,226 (harga atas jalan sebelum insurans untuk Semenanjung Malaysia).

Pembaharuan yang dilakukan ialah:

  • Pemijak sisi untuk memudahkan penumpang masuk dan keluar
  • Pintu terkunci secara automatik bila kelajuan melebihi 20 km/j
  • Kunci pintu dibuka secara automatik bila ada pelanggaran
  • Warna baharu Passion Red untuk varian AV

 

 

Perodua sudah menjual lebih dari 60,000 unit Aruz sejak ia dilancarkan dalam tahun 2019. SUV bertaraf lima bintang untuk ujian keselamatan Asean NCAP ini menjadi popular kerana rekabentuk moden, lampu hadapan LED automatik, enjin 1.5L Dual VVT-i yang mampu memberikan penjimatan bahan api sehingga 15.6km/l (menerima anugerah EEV) dan lain-lain lagi kelengkapan untuk menjadikan ia kenderaan keluarga mampu milik yang mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah.

 

 

Untuk masa sekarang, Perodua Aruz menikmati penurunan harga paling banyak untuk barisan produk dari Sungai Chuah ini. Dengan pengecualian cukai jualan kenderaan sebanyak 6 peratus, anda boleh berjimat melebihi RM4,000 untuk pembelian Aruz.

Sayangnya pengecualian cukai itu bakal berakhir pada 30 Jun 2021, kurang dari 60 hari lagi. 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…