Art of Speed 2022 kembali sempena ulang tahun ke-10!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua tahun menyepi, acara tahunan Art of Speed akan kembali memeriahkan suasana, serentak dengan sambutan ulang tahun yang ke-10 pada tahun ini.

Pameran motosikal kustom, kenderaan radikal, pameran restorasi seni dan budaya kustom itu akan mengambil tempat di MAEPS, Serdang bermula 2-3 Julai, 2022 (10.30 pagi-8.00 malam).
 

AOS


AOS 2022 akan menampilkan barisan tetamu dari luar negara serta media antarabangsa, seperti berikut:

1.    Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun
2.    Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show; Amerika Syarikat
3.    Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday; Amerika Syarikat
4.    Yaniv Evans dari Powerplant Motorcycles; Amerika Syarikat
5.    Artis Chopper dan Kustom; Russell Murchie "MOW" dari Australia
6.    Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun
7.    Yasuo Sekijima dan Satoru Ise dari Vibes Magazine; Jepun
8.    Artis pinstripe Mil dari Millart, Irvine Jasta dan Fahmi Freeflow; Indonesia
9.    Aekalak Kitdusitpong pembuat model skala diecast dari AKARA; Thailand

Seperti penganjuran pada tahun-tahun terdahulu, Art of Speed Invitational Bike Build Off 2022 dengan hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) dan RM5,000 (pilihan awam).

Antara yang bakal bersaing termasuklah Skatecture (Sarawak), Chaos Kustom (Sarawak), Acid Welding (Johor), Jewa Lukha (Pulau Pinang), Motorburuk Garage (Pulau Pinang), RGF (Perlis) dan Zuhal Fast Custom (Johor).
 

legends


Siri Jelajah Hot Wheels Legends akan kembali pada tahun ini dimana sebuah model kereta ubahsuai terpilih akan ditukarkan menjadi salah satu model diecast Hot Wheels.

Selain itu, pengunjung juga dapat memandu dan mengambil gambar kereta mereka dengan latar belakang blister Hot Wheels bersaiz sebenar, dan memuat turun salinan foto daripada media sosial AOS selepas tamat acara tersebut.

Terdapat juga hadiah dengan pembelian berupa sebuah Hot Wheels Nissan Skyline GT-R R32 serta 200 poster Hot Wheels yang ditandatangani sendiri oleh pereka HW.

Antara yang bakal dipamerkan termasuklah paparan kolektif kenderaan terpilih "Garage Life" oleh NoEqual, Hail Vintage, pameran gaya hidup Off The Grid, temu bual Kustom & Koffee Talk, perhimpunan pemilik kereta dan kelab Hot Wheels, konsert Sound Circus serta tidak ketinggalan zon tunggang uji untuk motosikal seperti Ducati, Royal Enfield, Vespa, Aprilia dan Harley-Davidson.
 

AOS


Untuk tahun ini, AOS menawarkan sehingga dua hadiah utama cabutan bertuah berupa skuter Vespa Klasik EV yang diubahsuai oleh Kluk Klek Soul & Elders Eletrrico, serta sebuah Vespa Klasik EV yang diubahsuai khas oleh Hausboom.

Berikut merupakan senarai harga tiket untuk Art Of Speed 2022:

  • Speed Lane - RM55 (jam 9.30 pagi)
  • Tiket biasa (tanpa konsert Sound Circus) - RM35
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun, OKU - Percuma

Untuk makluman, Tiket Festival Sound Circus telah pun habis dijual, akan tetapi tiket kombo Festival Sound Circus + Tiket Hujung Minggu masih lagi dijual di dalam talian di https://aos.qtic.my/

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah…
Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, Nightster 2022 dikuasakan oleh nadi v-twin Revolution Max 975T bersesaran 975 cc…
Berita Global
Hot Wheels Legends Tour merupakan satu pertunjukan kereta bergerak yang dianjurkan saban tahun bagi…