Art of Speed 2019 kembali mengganas buat kali kelapan!

oleh Mohamad Hanif|
Acara tahunan Art of Speed 2019 bakal menghiasi kalendar automotif tempatan untuk tahun yang kelapan, menampilkan seni kustom tempatan motosikal dan kereta yang diubahsuai, aktiviti interaktif serta pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti pengunjung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mensasarkan lebih daripada 40,000 orang pengunjung, acara yang bakal berlangsung selama dua hari di MAEPS, Serdang ini dibuka kepada umum bermula 27 Julai dari jam 10.00 pagi sehinggalah 28 Julai (10.00 pagi - 7.00 malam). 

Untuk pengisian tahun ini, pihak Art of Speed telah menjemput beberapa individu terkemuka antarabangsa termasuklah Shige Suganuma dari MOONEYES, Oliver Jones Grayson (The Cutrate, US), serta media-media antarabangsa seperti Speedhunters.com, StreetVW Magazine dan lain-lain.

Antara sorotan khas untuk AOS 2019 termasuklah Art of Speed Invitational Car Build Off 2019 menyaksikan tujuh pembina khas tempatan berentap merebut wang tunai sehingga RM15,000.
 


HotWheels sekali lagi akan berada di AOS 2019 menampilkan Steve Vandervate sebagai Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels yang akan turut melancarkan siri Japan Historics 3. 

Pihak Hot Wheels juga akan mempamerkan dua buah kereta bersaiz  sebenar, iaitu Nissan Skyline R31 dan Honda City Turbo II, manakala kerjasama dengan Hausboom pula bakal mempamerkan sebuah New Beetle Gen 1 sebagai hadiah kepada pembeli Hausboom bertuah di AOS 2019.

Tidak dilupakan, kepada para peminat barangan vintaj dan klasik boleh berkunjung ke Dewan C MAEPS menampilkan pameran pakaian kerja dan 16 vendor khusus di dalam industri tersebut bernilai hampir RM2 juta!

Terdapat juga sesi Kustom & Koffee Talk bersama Keshy Dhillon (BikesRepublic) yang akan berlangsung di dalam Dewan A pada pukul 3 petang pada hari Sabtu bersama-sama panel dari luar negara seperti Oliver Jones Grayson dari The Cutrate dan Matt Everingham dari Speedhunters membincangkan topik-topik terkini di dalam industri permotoran dan kereta.

 


Melengkapi acara tahunan Art of Speed sudah tentu hadiah cabutan bertuah yang sangat-sangat lumayan, berupa sebuah Mini Cooper yang diubahsuai menampilkan enjin Suzuki Hayabusa hasil kerja FNG Works. 

Manakala hadiah untuk para pemenang kategori motosikal dan kereta Best of Show pula akan mendapat pakej percutian dan hadir ke acara 28th Annual MOONEYES Yohohama Hod Rod dan Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat. 

Untuk kemasukan, tiket Speed Lane berharga RM50 akan ditawarkan, di mana pengunjung boleh menikmati satu jam awal tambahan di dalam dewan utama dan juga Dewan C. 

Manakala tiket hujung minggu biasa hanya berharga RM20 dan  boleh didapati di https://aos.qtic.my/

 


Jadi, kosongkan agenda anda pada 27-28 Julai ini dan hadir beramai-ramai memeriahkan Art of Speed 2019! 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Saban tahun, AOS 2019 mengekalkan tradisi membawa masuk kenderaan vintaj dan ubahsuai yang…
Berita Domestik
Selain daripada itu, mereka juga bakal mempamerkan dua buah kereta bersaiz sebenar Hot Wheels iaitu…
Berita Domestik
Nadi enjin juga bukan calang-calang, kerana master mind projek ini, Mohamad Irwann Mohd Azlan (nama…