Arquus Scarabee - kereta kebal dengan sistem stereng 4 roda dari Volvo

oleh Mohamad Hanif|
Nama Volvo selalu dikaitkan dengan kereta kebal, 'tank' atau apa sahaja istilah yang sama makna dengannya disebabkan rekaannya yang kebal sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah orang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, kenderaan yang kami akan tunjukkan kepada para pembaca pada kali ini sememangnya sebuah kereta kebal (atau lebih tepat, kereta perisai) untuk kegunaan tentera Perancis, iaitu Arquus Scarabee.

 


Arquus merupakan sebuah entiti yang berpengalaman menghasilkan kenderaan ketenteraan dengan nama yang dikenali sebelum ini sebagai Renault Trucks Defense. 

Ia kemudiannya bertukar nama kepada Arquus semenjak diambil alih untuk menjadi salah sebuah subdivisyen oleh Volvo. 

Poin jualan utama untuk 'Volvo Humvee' ini bukanlah sistem suspensi adaptif atau keupayaan untuk mengangkut beban seberat 1,814 kg. 
 


Akan tetapi, Arquus Scarabee (Scarabee membawa maksud kumbang) ini menampilkan sistem stereng empat roda yang membolehkan kumbang ini memandu secara menyenget apabila diperlukan. 

Untuk menggerakkan berat Scarabee yang hampir mencecah 6,000 kilogram ini, sistem hibrid digunakan di mana enjin diesel berkuasa 300 hp dipadankan dengan motor elektrik (103 hp) yang diposisikan pada gandar belakang. 

Selain daripada keupayaan sistem hibrid dan stereng empat roda, kelebihan Arquus Scarabee sebenarnya ialah direka supaya boleh 'dijatuhkan' daripada kapal terbang pengangkut tanpa sebarang masalah. 
 


Malah menurut laman web Popular Science, Arquus Scarabee ini merupakan calon model yang sesuai bagi menggantikan kira-kira 730 kenderaan berperisai ringan tentera Perancis menjelang tahun 2025.

 

Sumber: Popular Science

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ia bermula dalam tahun 1983 apabila AM General memenangi kontrak untuk membina kenderaan tentera…