Arked boling bergerak pertama di dunia - main boling di mana sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2020 menyaksikan banyak perniagaan terpaksa ditutup buat sementara waktu akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan serta kekurangan pelanggan, dan ia juga turut melibatkan aktiviti yang disukai ramai seperti menonton wayang dan bermain boling bersama sahabat handai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, beberapa aktiviti perniagaan sudah pun mula dibuka semula dengan pelaksanaan SOP yang lebih ketat bagi merancakkan lagi ekonomi negara.

Nun jauh di Detroit, seorang ahli perniagaan mempunyai satu idea yang tidak pernah dibuat dek orang - menawarkan perkhidmatan menyediakan arked boling bergerak pertama di dunia!

 


Lucky Strike Bowling merupakan idea daripada Terrence Jackson Jr yang disumbatkan di dalam sebuah treler sepanjang 16.2 meter yang ditarik di belakang trak pikap Ford.

Treler tersebut mampu memuatkan dua lorong untuk permainan boling yang lengkap dengan sistem skor dan pemulangan bola boling automatik, sistem audio dengan sambungan Bluetooth, skrin televisyen untuk menonton filem dan ruang untuk melepak.

 


Anda hanya perlu membayar yuran sebanyak $500 (RM2,026) untuk sewaan selama dua jam dan ia mampu memuatkan sehingga 15 orang pada satu-satu masa.

Namun, berita kurang baiknya Lucky Strike Bowling baru-baru ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu akibat kemalangan yang dihadapi, di mana mereka akan memulakan semula operasi pada Mac 2021.