Ariel Atom 4 - Atom terpantas di dunia, terima kasih kepada Honda Civic Type R

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar kenderaan daripada British, Ariel telah memperkenalkan generasi keempat di bawah keluarga Atom, iaitu Ariel Atom 4 dan ia merupakan Ariel yang terpantas buat masa ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun daripada luar, tiada sebarang perubahan ketara dikesan, ia sebenarnya merupakan sebuah kereta serba baharu dengan beberapa panel yang dipinjam daripada Atom generasi ketiga. 


Casis tiub yang direka oleh Ariel kini menampilkan bahagian utama dan tiub diagonal yang lebih tebal berbanding sebelum ini dengan ketegapan torsional kini naik sebanyak 15 peratus. 

Dengan casis serba baharu itu, ia direka untuk memberikan ruang kaki serta dalaman yang lebih luas kepada pemandu dan penumpang. 

Selain casis, Ariel juga telah berusaha mengurangkan kadar seretan dan menambahkan lagi daya downforce bagi memberikan aliran udara yang natural kepada radiator, intercooler dan ruang pengambilan udara. 
 


Tahap keseimbangan juga telah ditambah baik bagi memberikan input pengendalian yang neutral kepada Atom 4 ini. 

Ia ditambah dengan penggunaan penyerap hentakan daripada Bilstein yang didatangkan sebagai peralatan standard yang dengan geometri serba baharu bagi mengurangkan kadar olengan dan pemindahan berat pada kenderaan. 

Terdapat ciri pilihan sekiranya pembeli mahukan sistem suspensi jenis semi aktif daripada Ohlins. 
 


Sepertimana yang disebutkan pada awal artikel, Atom 4 ini sememangnya pantas apabila cubaan pecutan mampu dicapai dalam masa hanya 2.8 saat daripada pegun ke 100 km/j, terima kasih kepada enjin empat silinder K20C daripada Honda Civic Type R dan ECU yang dibangunkan oleh Ariel sendiri. 

Ariel Atom 4 ini dijual pada harga £39,975 di UK, kerana menurut Tom Siebert daripada Ariel, mereka mahukan Ariel Atom 4 sebagai sebuah kereta prestasi yang terunggul pada harga yang mampu milik.