Arcimoto Rapid Responder - jentera elektrik tiga roda kegunaan bomba penyelamat

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usaha untuk menyelamatkan mangsa kebakaran atau kemalangan masa kini semakin mencabar apabila terdapat halangan-halangan yang terpaksa ditempuh seperti kesesakan jalan raya atau laluan yang sangat sempit. 

Oleh sebab itu pihak seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempunyai pelbagai jentera - dari lori pemadam api Scania sehinggalah kepada motosikal Honda ST1000 Pan European dan VFR 800 yang boleh digunakan ketika keadaan terdesak.

Nun jauh di California, pasukan Eugene Springfield Fire telah menerima sebuah jentera baharu beroda tiga berkuasa elektrik sepenuhnya, bertujuan untuk meluaskan lagi operasi mereka ketika kecemasan. 
 


Syarikat Arcimoto selaku pembina jentera Rapid Responder ini telah menandatangani perjanjian untuk membekalkan jentera penyelamat tiga roda sebagai projek perintis serta menjalankan ujian di Eugene dan Eastvale, California. 

Pihak syarikat percaya dengan keupayaan pengendalian di kawasan yang sibuk, sifar emisi dan kuasa yang pantas dicapai, ia mampu menjadi sebuah jentera penyelamat yang mesra alam - selari dengan kehendak bandar-bandar utama dalam mencapai misi pelepasan emisi yang semakin ketat. 

Rapid Responder ini dibangunkan berdasarkan Fun Utility Vehicle (FUV) Evergreen Edition, dengan kuasa yang disalurkan daripada bateri jenis lithium ion NMC, mampu mencapai kelajuan maksimum 120 km/j dan jarak operasi sejauh 160 km. 
 


Tidak mempunyai sebarang pintu West Coast, jentera Rapid Responder yang mampu memuatkan dua orang pada satu-satu masa ini sebaliknya dilengkapi dengan peralatan penyelamat, lampu beacon serta siren bagi memberikan amaran kepada para pengguna jalan raya yang lain. 

Dengan fasa ujian yang kini bermula di California, Arcimoto mensasarkan produksi massa Rapid Responder bermula seawal tahun 2020.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Arcimoto merupakan sebuah syarikat yang sudah pun terkenal dengan barisan kenderaan elektrik tiga…