Dengan rangkaian global yang merangkumi 17 kilang rangkaian kuasa dan lima pusat P&P, syarikat baharu itu akan menjadi pembekal global kendiri dengan kapasiti lebih lima juta enjin pembakaran dalaman, hibrid dan hibrid plug-in dan transmisi setiap tahun dan pembekalan kepada lebih 130 negara dan rantau.
Secara ringkasnya, pada masa industri sedang beralih kepada kenderaan elektrifikasi, Geely dan Renault menubuhkan syarikat baharu untuk terus membangunkan enjin pembakaran dalaman dan hibrid.
Geely dan Renault menaungi pelbagai jenama di bawahnya dari Geely dan Renault sendiri kepada PROTON, Nissan, Mitsubishi dan sebagainya.
Enjin pembakaran dalaman masih mempunyai pasaran luas selagi infrastruktur pengecasan tidak melata di serata dunia.
Gabungan kedua-dua syarikat itu juga akan menghasilkan skala ekonomi dengan pengguna dapat menerima manfaat dari segi penggunaan komponen yang seragam.
Apabila banyak model kereta dari pelbagai pengeluar berbeza menggunakan enjin sama, apakah nasib DNA sesebuah syarikat?
Jawapannya terletak pada talaan enjin dan penyesuaian yang dilakukan. Tambahan pula, perkongsian enjin di antara pengeluar sudah lama diamalkan.
Penulis: Muhammad Md Tajudin