Aramco Racing Team VR46 jalin kontrak tiga tahun dengan Ducati, bakal berentap dalam MotoGP tahun depan!

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan baharu Aramco Racing Team VR46 mengumumkan mereka telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Ducati untuk bertanding di dalam kejuaraan MotoGP bermula tahun hadapan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Pasukan yang berpusat di Tavulia ini juga turut mengesahkan mereka telah menandatangani kontrak lima tahun bersama Dorna Sports untuk berlumba di dalam kelas utama.

Pasukan Aramco Racing Team VR46 bakal menjadi pasukan bebas (Independent Team) kepada kilang Borgo Panigale dan bakal menampilkan dua jentera untuk grid 2022 dan seterusnya.

Pengurus pasukan SKY Racing Team VR46 untuk Moto2™ dan Moto3™, Pablo Nieto akan dinaikkan pangkat menjadi pengurus pasukan MotoGP™, sementara Luca Marini telah disahkan sebagai salah seorang pelumba utama untuk musim hadapan.

 


SKY Racing Team VR46 merupakan pasukan perlumbaan motosikal yang dimiliki oleh Valentino Rossi, dan berentap di dalam kategori Moto2 menggunakan casis Kalex, dan sebelum ini di dalam kategori Moto3 menggunakan KTM RC250GP.

Menurut Alessio Salucci dari VR46 Riders Academy, "kami berasa amat gembira mengumumkan berita penyertaan kami di dalam MotoGP dengan pasukan yang terdiri daripada dua pelumba dari VR46.

"Setelah bertahun kami telah berjaya mengukir sejarah di dalam kelas perlumbaan Moto3 dan Moto2, dan telah banyak bakat muda yang telah kami sokong dan akan terus kami sokong bermula dari bawah sehinggalah ke atas.

"Pencapaian ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa Carmelo Ezpeleta yang selami ini mempercayai projek ini, dan juga Ducati kerana kepercayaan yang diletakkan ke atas kami.

Sumber: MotoGP

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dengan rangkaian global yang merangkumi 17 kilang rangkaian kuasa dan lima pusat P&P,…
Berita Global
Jika ditambah kepada nilai cukai VAT sebanyak 20 peratus, kenaikan 5p itu dilihat mampu menjadikan…