Arab Saudi beli jet elektrik untuk bawa jemaah dari Jeddah ke Mekah

oleh Penyumbang Rencana|
foto NST
Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia menukar haluan kepada sebuah firma Jerman untuk membekalkan jet elektrik bagi laluan menuju ke resort mewah baharu dan kota suci Mekah, kata seorang pegawai.

Syarikat Jerman berpangkalan di Munich, Lilium akan membekalkan pesawat untuk laluan terus di pesisir pantai Laut Merah dan membawa jemaah haji dari Jeddah ke Mekah yang tidak mempunyai lapangan terbang, kata pengurus komunikasi Saudia, Razan Shaker.

Dalam satu wawancara sampingan di Riyadh, beliau berkata ini adalah strategi untuk menghubungkan lokasi dan bandar yang tidak mempunyai lapangan terbang atau sukar untuk dituju.

Pada Julai lalu, Saudia mengumumkan bahawa syarikat berkenaan akan membeli 50 buah pesawat elektrik berlepas secara menegak Lilium dengan pilihan membeli 50 buah lagi.

Saudia dijangka mula menerima jet itu dalam tahun  2026. Pesawat elektrik Lilium boleh membawa empat hingga enam penumpang dan terbang pada kelajuan 175 kilometer sejam. 

Apakah maksudnya berlepas secara menegak tanpa landasan? Video di bawah:

 

Artikel sepenuhnya NST