AR Rahman hasilkan bunyi untuk EV Mahindra

oleh Firdaus Razani|
Mahindra Electric Automobiles Limited (MEAL), anak syarikat Mahindra & Mahindra, memperkenalkan identiti sonik dengan kerjasama komposer muzik India, AR Rahman, dalam beri pengalaman baharu melalui bunyi.

Identiti baharu ini mempamerkan usaha Mahindra untuk kemampanan dan komitmen terhadap planet ini, menonjolkan hubungan jenama antara India dan jangkauan global yang bercita-cita tinggi.

Identiti sonik merangkumi lebih 75 bunyi unik yang disesuaikan untuk pelbagai aspek portfolio baharu SUV elektrik global Mahindra yang akan datang.

Bunyi ini termasuk bunyi pemanduan dalaman dan luaran, mod zon pengalaman, isyarat infotainment dan isyarat berfungsi seperti isyarat tali pinggang keledar dan penunjuk belok.

 

mahindra

 

Setiap bunyi telah dicipta untuk berhubung dengan pelanggan melalui muzik dan gaya hidup, kenyataan akhbar syarikat itu.

Pengarah eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif - sektor auto dan ladang, Mahinda & Mahindra Ltd, Rajesh Jejurikar, berkata, "Bunyi itu mencerminkan ekstravaganza muzik yang merangkumi degupan jantung, nilai dan visi jenama kami.

“Identiti baharu dan lagu jenama adalah satu langkah dalam menghubungkan dengan pelanggan zaman baharu kami melalui bahasa muzik universal." katanya.

Rahman berkata, "Apabila saya melihat reka bentuk kenderaan elektrik yang inovatif di luar negara, saya sering tertanya-tanya mengapa India masih belum mengambil langkah itu.

“Bekerjasama dengan Mahindra mengubah persepsi itu untuk saya. Di luar reka bentuk mereka yang luar biasa, mereka menghargai pandangan saya tentang pengalaman sonik”. katanya

Tambahnya lagi “ Ia menekankan kedua-dua pengalaman yang memperkasakan dan perasaan yang mengasyikkan berada dalam SUV yang mesra alam dan senyap setanding dengan yang terbaik di dunia.”

 

 

Komposisi sonik telah dibangunkan selepas Rahman menghabiskan masa di kemudahan ujian Mahindra di Kanchipuram, menganalisis skap bunyi kenderaan elektrik terkemuka.

Matlamatnya adalah untuk mencampurkan teknologi dengan pengalaman dalam kereta yang harmoni, mensimulasikan bunyi kenderaan sambil memastikan penumpang menyesuaikan diri dengan mod pemanduan mereka.

Campuran ini dilengkapi dengan peningkatan visual seperti pencahayaan ambien aktif dan animasi resolusi tinggi.

Dolby Atmos, yang terkenal dengan kualiti bunyi sinematik dan seperti hidup, telah disepadukan ke dalam pengalaman pemanduan dengan penyelesaian bunyi keliling 360 darjah daripada Harman.

 

Patutkah Proton dan Perodua berjumpa dengan M Nasir pula?!

 

SUMBER : Brand Equity