Aprilia Tuono 660 rasmi dilancarkan - bermula dari RM77,900

oleh Mohamad Hanif|
Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar tunggal motosikal berjenama Aprilia di Malaysia membawakan sebuah lagi model baharu iaitu Aprilia Tuono 660 sebagai pelengkap kepada model RS 660 yang dilancarkan sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Membawakan beberapa kelengkapan moden yang datang dari Tuono V4 seperti casis yang diperhalusi serta pakej kawalan elektronik, Aprilia Tuono 660 merupakan pakej gandingan kuasa yang senang dan mudah untuk dikawal oleh golongan sasaran - pengguna baharu.

 


Dari segi kuasa, Aprilia Tuono 660 dikatakan mampu menghasilkan 95 kuasa kuda, atau 5hp kurang berbanding model RS 660.

Akan tetapi, ia tetap menampilkan beberapa ciri menarik seperti konsep reraup berkembar dengan fungsi appendiks aerodinamik, serta lampu utama LED dengan ciri lampu nyalaan siang DRL.

 


Sistem suspensi menggunakan jenama Kayaba boleh laras diikuti dengan lengan ayun belakang diperbuat daripada aluminium die-cast, manakala kedudukan bar hendal yang tinggi serta ukuran seni bina casis memberikan manfaat kawalan, responsif dan pengendalian yang lincah.

Aprilia Tuono 660 turut mendapat ciri bantuan elektronik seperti Ride-by-Wire, kawalan elektonik APRC seperti kawalan cengkaman pelbagai tahap, kawalan anti-wheelie, kawalan jelajah, brek enjin, sistem pemetaan enjin yang boleh dipilih serta sisten brek ABS.

 


Terdapat sehingga lima mod tunggangan yang boleh dipilih daripada skrin paparan TFT berwarna.

Hanya didapati dalam warna Concept Black sahaja, Aprilia Tuono 660 dijual pada harga bermula dari RM77,900.