Aprilia Tuono 660 Factory 2022 rasmi untuk pasaran Malaysia, harga bermula RM73,900

oleh Penyumbang Rencana|
Aprilia Tuono 660 Factory kini secara rasminya telah ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM73,900, pelancaran model ini pastinya bakal menggugat tabung para peminat Aprilia di luar sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tuono 660 kini didatangkan dengan spesifikasi Factory, memberikannya nisbah berat kepada kuasa yang ringan dan berprestasi tinggi bersama generasi terbaru enjin parallel twin Aprilia.

 

660

 

Tuono 660 Factory dikuasakan oleh enjin parallel twin 659 cc  menghasilkan sehingga 100 HP dan 67 Nm dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan bersama sistem Aprilia Quick Shift (AQS) yang didatangkan standard.

Aprilia Tuono 660 Factory menggunakan casis aluminium dual beam bersama sub-rangka tempat duduk yang boleh ditanggalkan, jadi tidak menghairankan apabila ia memiliki berat sekitar 181 kg, atau kurang 2 kg berbanding model asas.

 

660

 

Sistem suspensi menggunakan fork hadapan jenis USD Kayaba 41mm, manakala bahagian belakang pula menggunakan monoshock dari jenama Sachs. Kedua-duanya mempunyai ciri laras mampatan, rebound dan preload.

Tuono 660 Factory didatangkan dengan rim aluminium 17 inci yang dibaluti tayar bersaiz 120/70 depan dan 180/55 belakang, dipadankan bersama cakera brek berkembar 320 mm serta angkup radial-mount Brembo dihadapan dan cakera brek 220 mm serta angkup Brembo dibelakang.

 

meter

 

Bagi sistem elektronik, Tuono 660 Factory didatangkan dengan 5 mod tunggangan dimana 3 untuk kegunaan jalanan dan 2 untuk kegunaan litar.

Ianya juga didatangkan dengan ciri-ciri kawalan cengkaman (ATC), kawalan wheelie (AWC), brek enjin (AEB), pemetaan enjin (AEM) dan cruise control (ACC).

Tuono 660 Factory hanya didatangkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Factory Dark.

Penulis: Ahmad Danial Yasin