Aprilia SR GT 200 2022 rasmi dilancarkan - harga dari RM19,900

oleh Mohamad Hanif|
Didi Group selaku pengedar motosikal berjenama Aprilia di Malaysia hari ini melancarkan skuter kembara untuk pasaran tempatan, iaitu Aprilia SR GT 200.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dari segi kuasa, Aprilia SR GT 200 didatangkan dengan enjin silinder tunggal bersesara 174 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 17.4 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 16.5 Nm @ 7,000 rpm yang dipadankan dengan kotak gear CVT.

Aspek tunggangan dibantu dengan sistem suspensi Showa yang terdiri daripada fork hadapan 33 mm (jarak pergerakan 122 mm) dan penyerap hentak berkembar yang menyokong sehingga lima tetapan pra-muatan (jarak pergerakan suspensi 102 mm).
 

SR GT


Aprilia SR GT 200 ini mendapat rim bersaiz 14 inci dengan tayar 110/80 di depan, serta rim 13 inci dengan tayar 130/70 di bahagian belakang.

Kuasa pemberhentian pula menggunakan brek jenis cakera tunggal serta sokongan ciri ABS saluran tunggal.

Skuter ini turut menawarkan ruang kargo sebesar 25 liter di bawah pelana berketinggian 799 mm, sementara tangki bahan api pula adalah sebesar sembilan liter.
 

SR GT


Selain itu, ia juga turut didatangkan dengan paparan digital LCD dan sistem keterhubungan Aprilia MIA secara opsyen.

Harga jualan Aprilia SR GT 200 bermula dari RM19,900 hingga RM20,900 untuk model Sport.