Aprilia RSV4 1100 Factory 2022 kini di Malaysia, dari RM170k

oleh Mohamad Hanif|
Didi Group selaku pengedar tunggal motosikal Aprilia di Malaysia melancarkan secara rasmi model baharu Aprilia RSV4 1100 Factory 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi kuasa, RSV4 Factory ini dilengkali dengan nadi V4 bersesaran 1,099 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 217 hp @ 13,000 rpm, serta daya kilas 125 Nm @ 10,500 rpm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan beserta sistem Aprilia Quick Shift (AQS).
 

RSV4


Aprilia RSV4 1100 Factory 2022 ini menggunakan casis aluminium dual beam yang dibantu dengan peredam stereng Sachs, serta sistem suspensi separa aktif Ohlins Smart EC 2.0 yang merangkumi fork 43 mm Ohlins NIX (jarak pergerakan 125 mm), diikuti dengan lengan ayun aluminum di bahagian belakang beserta penyerap hentak tunggal Ohlins TTX (jarak pergerakan 115 mm).

Sistem brek terdiri daripada angkup monobloc empat omboh Brembo Stylema dan rotor berkembar 330 mm di depan, diiktu dengan angkup dua omboh Brembo dengan rotor bersaiz 220 mm di bahagian belakang.

Sistem brek ABS daripada Bosch turut dilengkapi dengan fungsi cornering dan tiga tetapan pemetaan, beserta dengan sistem RLM (Rear wheel Lift-up Mitigation).
 

RSV4


Aprilia RSV4 1100 Factory turut didatangkan dengan sistem Aprilia Performance Ride Control (APRC) yang mengawal sistem pemetaan enjin (AEM), kawalan brek enjin (AEB), kawalan cengkaman (ATC), kawalan wheelie (AWC), kawalan pelancaran (ALC), kawalan jelajah (ACC) dan pengehad kelajuan (APT).

Terdapat sehingga enam mod tunggangan disediakan, di mana tiga daripadanya dikhususkan untuk jalan raya dan selebihnya untuk kegunaan di dalam litar.

Selain itu, ketinggian pelana adalah sekitar 845 mm sementara tangki bahan api pula adalah sebesar 17.9 liter.

Terdapat dua pilihan warna iaitu Lava Red dan Aprilia Black. Harga jualan bermula dari RM169,900.0

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Pelancaran Motosikal
Menariknya, pelancaran tersebut turut disertai oleh dua pelumba utama dari pasukan Aprilia Racing…