Aprilia RSV4 1100 Factory 2022 dilancarkan di Malaysia

oleh Hamimah Hamid|
SELEPAS setahun sejak pelancaran globalnya pada Mac 2021, model Aprilia RSV4 1100 Factory 2022 kini telah dilancarkan di Malaysia.

Model terbaru itu telah dilancarkan oleh pengedarnya Didi Group pada harga RM169,900, di Ipoh Bike Big Pitstop dan Velocity Motorshow.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran dilakukan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi  Baharin dan Pengarah Urusan Kumpulan Didi Resources, Goh Kian Sin.

Bagi tahun 2022, model RSV4 1100 Factory ini telah menerima beberapa peningkatan terutamanya pada bahagian aerodinamik.

grup photo bersama pengarah tourism perak miss nurmalis

Selain tork yang lebih tinggi, ‘enjin brek’ nya juga kini boleh dilaraskan manakala 11MP Magneti Marelli ECU kini menawarkan tiga mod ‘ABS cornering’ dan pemetaan enjin baharu.

Selain itu, tekanan peti udara kini meningkat 7 peratus manakala penunggang kini menghadapi rintangan angin 11 peratus lebih rendah.

Sistem penggantungan juga dipertingkatkan dengan bantuan penggantungan separuh aktif Ohlins Smart EC 2.0 yang menawarkan tiga mod; A1 untuk kegunaan litar, A3 untuk kegunaan jalan raya dan mod A2 antara mod A1 dan A3.

Angkup Brembo Stylema digunakan di hadapan, dengan angkup Brembo omboh tunggal di bahagian belakang. 

Kawalan brek pula dilengkapkann dengan ABS Bosch 9.1 MP, dengan ABS selekoh, berfungsi untuk menyediakan kawalan roda dan pelancaran juga.

Kuasa untuk RSV4 1100 Factory datang daripada 65 darjah V-four, menyesarkan 1,099 cc, naik daripada model sebelumnya 1,078 cc dan mematuhi Euro 5. RSV4 1100 kini menghasilkan 217 hp yang dituntut pada 13,000 rpm, sama seperti sebelumnya, tetapi tork meningkat daripada 122 Nm pada 11,000 rpm kepada 125 Nm pada 10,500.

Aprilia RSV4 1100 Factory 2022 ditawarkan dalam tiga varian warna yang menarik iaitu Lava Red dan Aprilia Black dengan sorotan merah dan Ultra Dark dengan aksen hitam dan emas.

Aprilia Malaysia menawarkan semua model 2022 pada harga RM 169,900 tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Jadi penggemar model ini boleh lah membuat pilihan dan tempahan anda sekarang.