Dari segi kuasa, Aprilia RS457 menggunakan nadi dua silinder selari dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang menghasilkan 47.6 HP pada 9,400 rpm dan 43.5 Nm pada 6,700 rpm.

Nadi baharu itu juga berjaya menyumbang kepada pencapaian nisbah kuasa kepada berat yang terbaik dalam kelasnya dengan berat kering hanya 159 kg.
Hadir sebagai pesaing baharu untuk sportbike aras mula, Aprilia RS457 dilengkapi beberapa ciri elektronik seperti sistem ride-by-wire, 3 mod tunggangan (Eco, Sport, Rain) dan sistem kawalan cengkaman.

Menariknya, Aprilia turut menawarkan sistem quickshifter sebagau aksesori tambahan, di mana 50 pembeli pertama akan menerima harga promosi RM399, berbanding harga asal RM1,999.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan skrin TFT berwarna 5 inci yang memaparkan segala informasi penting, pembeli juga boleh menambah ciri ketersambungan Aprilia MIA yang ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

Bagi meningkatkan pengalaman menunggang, Aprilia RS457 dilengkapi fork USD 41mm di depan dan monoshock di belakang dengan fungsi pelarasan pra beban.
Aspek keselamatan pula dibantu oleh sistem brek yang merangkumi angkup empat piston oleh ByBre bersama cakera 320 mm di depan, dan angkup piston tunggal bersama cakera 220 mm di belakang.

Ia turut dilengkapi sistem ABS Bosch dengan pilihan dua mod, iaitu single-channel (ABS belakang dimatikan) dan dual-channel.
Untuk pasaran Malaysia, Aprilia RS457 ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Prismatic Dark dan Opalescent Light pada harga RM33,900, serta pilihan warna istimewa Racing Stripes pada harga RM35,900.
