Apple iPhone, Watch sebagai kunci digital kereta BMW anda

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara Worldwide Developers Conference, Apple telah memperlihatkan secara rasmi sebuah ciri baharu kunci kereta digital yang menggunakan peranti iPhone sebagai perantara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ia membolehkan para pemilik peranti seperti Apple iPhone dan Apple Watch mengunci dan menyahkunci kenderaan masing-masing dengan lebih selamat dan mudah, tanpa memerlukan kunci fizikal terima kasih kepada teknologi Near Field Communication (NFC).

Apple juga turut mengesahkan kerjasama dengan BMW, di mana ciri ini bakal didatangkan buat kali pertama pada model-model BMW yang diproduksikan selepas 1 Julai 2020, bermula dari 1-Series sehinggalah kepada model Z4.

 


Memandangkan pemandu tidak lagi memerlukan kunci fizikal, ciri ini membenarkan pemilik untuk berkongsi kenderaan sehingga lima orang yang terdiri daripada rakan-rakan dan juga ahli keluarga yang telah diberikan kebenaran.

Pemandu juga boleh menetapkan dan mengehadkan beberapa ciri seperti kuasa kuda tertinggi, kelajuan tertinggi, kelantangan bunyi sistem audio serta beberapa ciri yang lain.

Malah, kunci digital ini menjanjikan penggunaan sehingga lima jam selepas peranti iPhone dimatikan akibat kehabisan tenaga bateri.

 


Untuk menyokong ciri kunci digital ini, anda memerlukan peranti terkini Apple termasuklah iPhone XR, iPhone XS, serta jam tangan pintar Apple Watch Series 5 dan ke atas.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Informasi
Sistem kamera canggih dalam sesetengah model iPhone termasuk teknologi seperti penstabilan imej…
Gaya Hidup
Selepas memperkenalkan ciri keselamatan pada model Apple Watch Series 4, Apple kali ini…