Apple CarPlay nirwayar kini tersedia untuk Mazda6, Mazda MX-5 2021

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Malaysia baru-baru ini mengumumkan kemaskini terhadap penawaran dua buah model iaitu sedan Mazda6 dan kereta sports Mazda MX-5 untuk tahun 2021.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Sedan Mazda6 2021 masih lagi merupakan unit CBU sepenuhnya dari Jepun dan didatangkan dalam dua pilihan enjin iaitu Skyactiv-G 2.0 liter dan Skyactiv-G 2.5 liter, di mana kedua-duanya dipadankan dengan transmisi Skyactiv-Drive automatik enam kelajuan, G-Vectoring Control Plus dan sistem pacuan roda hadapan sahaja.

Beberapa ciri menarik dimuatkan termasuklah sambungan Apple CarPlay nirwayar standard untuk semua varian, Advanced Keyless Entry, ciri kunci pintu Walkaway, paddle shifter.

 


Varian Mazda6 2.5 liter pula mendapat ciri eksklusif berupa rim aloi hitam metalik bersaiz 19 inci, kemasan hitam pada pelindung cermin sisi, kemasan kulit Burgundy Red pada tempat duduk, serta jahitan Burgundy Red pada papan pemuka dan panel pintu.

Antara warna yang ditawarkan termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Sonic Silver, Deep Crystal Blue, Jet Black dan warna baharu Polymetal Gray.

Harga jualan bermula dari RM170,917 hingga RM207,642 untuk varian Mazda6 2.5L  tertakluk kepada pengurangan cukai SST 50 peratus sehingga 30 Jun 2021, dan didatangkan dengan jaminan pengeluar lima tahun atau 100,000 km, serta servis penyelenggaraan percuma lima tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu) termasuk kos labur, alat ganti dan pelincir.

 


Sementara itu, roadster ikonik Mazda MX-5 RF 2021 turut menerima kemaskini penawaran berupa sambungan Apple CarPlay nirwayar secara standard untuk kedua-dua versi manual dan automatik.

Dari segi kuasa, ia masih lagi mengekalkan penggunaan nadi Skyactiv-G 2.0 liter menghasilkan 181 hp dan 205 Nm, serta padanan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan.

 


Enam warna ditawarkan termasuklah Soul Red Crystal, Snowflake White Pearl, Machine Gray, Polymetal Gray, Jet Black, dan warna baharu Deep Crystal Blue.

Harga jualan bermula dari RM258,591 (versi manual) hingga RM260,527 (versi automatik) dan sudah boleh ditempah bagi mereka yang berminat.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Ya, tekaan anda sama dengan apa yang penulis fikirkan - dua musuh ketat datang dari pengeluar Jepun…
Berita Global
Satu tempoh jangka hayat yang agak panjang untuk sesebuah generasi kereta moden. Setelah…
Pelancaran
Model edisi khas ini diperkenalkan sebagai tanda peringatan 20 tahun sejak model generasi pertama…