“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal itu dikendalikan oleh nahkoda berumur 36 tahun bersama seorang kru.
“Kedua-duanya warga Indonesia dan enam kru warga China berumur di antara 30 hingga 65 tahun.
“Nahkoda dan ketua jurutera berserta dokumen ditahan dan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, penahanan itu dibuat susulan aduan yang diterima daripada orang awam yang mendakwa kapal itu telah berlabuh selama beberapa hari.
Tambahnya lagi, operasi tangkapan itu diatur gerak menerusi OP EHSAN dan OP TIRIS yang melakukan pemeriksaan terhadap kapal berkenaan.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran.