Aplikasi itu boleh digunakan pada peranti Android yang dilengkapi dengan Android 4.4 atau EMUI 3 ke atas dan mampu berfungsi dengan sambungan internet yang perlahan seperti EDGE, 2G dan 3G.
Pengguna Setel Lite masih boleh menggunakan Dompet Setel untuk membayar petrol dari kenderaan mereka, memperoleh sehingga 3x mata ganjaran Mesra dengan pembayaran petrol dan menyemak mata ganjaran Mesra seperti aplikasi Setel versi penuh.
Pengguna juga boleh menambah nilai Dompet Setel menggunakan wang tunai melalui e-baucar yang boleh dibeli di stesen Petronas seluruh negara dan secara perbankan dalam talian.

Selain daripada antara muka aplikasi yang dipermudahkan, Setel Lite direka dengan fungsi utamanya dikekalkan iaitu pengisian petrol, pengumpulan dan penyemakan mata ganjaran Mesra serta mengekalkan ciri pembayaran Dompet Keluarga.
Antara ciri utama pada Setel Lite adalah:
- Saiz muat turun yang kecil
- Mesra data mudah alih
- Mudah digunakan oleh semua, termasuklah warga emas
- Kumpul 3x mata ganjaran Mesra
- Selamat digunakan di stesen petrol
Setel Lite kini boleh digunakan di semua stesen Petronas seluruh negara, dan tersedia untuk dimuat turun bagi peranti Android melalui Google Play Store serta Huawei AppGallery.