Integrasi DuitNow QR dengan fungsi “Setel Pay” dalam aplikasinya berpotensi untuk meluaskan lagi penerimagunaan kaedah bayaran tanpa tunai dalam kalangan pengguna.
Aplikasi Setel kini boleh digunakan untuk mengimbas dan membuat pembayaran di mana-mana kedai yang menyediakan kod DuitNow QR.
Dalam tempoh setahun juga, pengguna Setel akan dapat menghantar dan menerima dana melalui DuitNow QR serta menjana kod DuitNow QR mereka sendiri bagi memudahkan pemindahan dana ke e-dompet mereka.
Bermula 30 Mac hingga 31 Mei 2023, pengguna Setel boleh mengumpul mata ganjaran Mesra bagi setiap transaksi bayaran yang dibuat melalui DuitNow QR.
Mata ganjaran tersebut juga boleh ditebus untuk pembelian petrol serta pelbagai ganjaran menarik yang lain.
Untuk menggunakan fungsi DuitNow QR, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah berikut:
- akses melalui tab 'Bayar' di halaman utama aplikasi Setel
- Tekan butang ‘Imbas kod QR’
- Imbas kod DuitNow QR yang disediakan
- Tetapkan jumlah bayaran dan hantar