Aplikasi Setel kini boleh digunakan di seluruh negara!

oleh Mohamad Hanif|
Para pengguna kini boleh menggunakan aplikasi pembayaran dalam talian Setel di kesemua stesen minyak PETRONAS di seluruh negara tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diperkenalkan pada Julai 2018, Setel merupakan sebuah aplikasi pembayaran nirtunai bagi menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih lancar kepada para pelanggan PETRONAS. 

Setel menggabungkan proses pembayaran, tebusan mata ganjaran, perkhidmatan runcit dan pengalaman e-dagang di dalam satu platform, selain memudahkan urusan tebusan mata ganjaran untuk kegunaan pelanggan. 

Ketika ini, lebih 700 buah stesen minyak PETRONAS menawarkan perkhidmatan pembayaran Setel dan bakal diperluaskan ke seluruh negara bermula minggu hadapan. 
 


Sehingga Januari 2020, Setel telah mencatatkan jumlah transaksi melebihi 3 juta dan mendapat respon yang positif daripada pelanggan di seluruh negara. 

Menurut Azrul Osman Rani, Pengarah Urusan dan CEO PETRONAS Dagangan Berhad berkata, "Setel merupakan satu permulaan dan kami akan berusaha untuk menambahkan solusi yang lebih berkesan serta kerjasama antara rakan-rakan runcit untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelian selain daripada bahan api PETRONAS. 

Setel boleh dimuat turun secara percuma menerusi Apple Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.setel.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Aplikasi itu boleh digunakan pada peranti Android yang dilengkapi dengan Android 4.4 atau EMUI 3 ke…
Berita Domestik
Pengguna Setel boleh sertai cabaran tersebut dengan beberapa langkah mudah, anda hanya perlu…
Informasi
Solusi yang pertama seumpamanya ini disediakan sekarang untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang…