Aplikasi seru-pandu MULA hadir dengan ciri butang kecemasan SOS

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selaku pengendali aplikasi seru-pandu yang prihatin terhadap keselamatan pemandu dan penumpang, MULA kini memperkenalkan ciri keselamatan MULA SOS pada kedua-dua aplikasi pemandu dan penumpang. 

Fungsi SOS MULA dibangunkan dengan memerlupak input yang sangat minima untuk diaktifkan oleh kedua-dua pemandu dan penumpang. 

Apabila salah satu pihak dalam keadaan bahaya dan butang SOS ditekan pada aplikasi, satu pemberitahuan amaran akan dihantar ke Pusat Keselamatan beserta dengan GPS lokasi peranti pengguna.

Pusat Keselamatan MULA akan cuba menghubungi pihak yang di dalam bahaya namun sekiranya cubaan tersebut gagal, Pusat Keselamatan akan mengerahkan pasukan keselamatan ke lokasi kejadian. 

Pihak polis juga akan turut dihubungi untuk bantuan selanjutnya. 
 


Selain daripada itu, MULA juga bakal menambah lebih banyak ciri keselamatan tambahan seperti keupayaan menghantar teks SOS automatik kepada nombor kecemasan yang ditetapkan oleh pengguna. 

MULA sejak dari awal telah melaksanakan kewajiban pengesahan pengguna menggunakan imej Kad Pengenalan dan gambar profil terutama kepada penumpang wanita yang menggunakan aplikasi MULA Pink. 

Ini merupakan ciri mandatori dan antara ciri pasif terbaik yang ditawrekan untuk pengalaman yang terbaik kepada pemandu dan pengguna MULA dari segi keselamatan dan perlindungan. 

Usah risau kerana data yang dikumpulkan akan disimpan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh APDP Malaysia.