Aplikasi navigasi Waze kini di Apple CarPlay

oleh Mohamad Hanif|
Aplikasi navigasi Waze mengumumkan integrasi dengan Apple CarPlay dalam merealisasikan misi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjadikan pemanduan yang lebih selamat kepada semua pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Integrasi ini membolehkan jutaan pengguna CarPlay menggunakan ciri-ciri Waze dengan lancar terus daripada paparan dalam kereta dengan hanya memuat turun aplikasi ini dan membuat sambungan kepada iPhone mereka.


Selain daripada navigasi, para pemandu boleh mencari destinasi pilihan, memilih laluan kegemaran, melaporkan isu trafik dan banyak lagi.

“Kami berasa teruja untuk membawa kuasa komuniti Waze terus ke dalam konsol kereta para pemandu yang menggunakan Apple CarPlay,” kata Jens Baron dari Strategi Platform Waze.

“Ini membolehkan kami merealisasikan salah satu integrasi yang paling diminta para pengguna kami, dengan itu memberikan mereka peluang untuk menikmati faedah-faedah aplikasi Waze pada paparan Apple CarPlay yang lebih besar.”

Malaysia merupakan tuan rumah kepada kira-kira 5.9 juta pengguna aktif bulanan, dan kebanyakan daripada mereka menggunakan aplikasi Waze pada telefon pintar mereka.

Dengan menawarkan pilihan untuk menggunakan Waze pada Apple CarPlay, para peminat Apple dan pengguna CarPlay di Malaysia kini boleh menggunakan aplikasi navigasi yang paling dipercayai dan disukai mereka dengan lebih mudah. Integrasi ini memastikan ciri-ciri Waze disesuaikan khas untuk sistem operasi dan antara muka pengguna CarPlay.
 


Dengan menggunakan Waze untuk CarPlay, para pemandu dapat menikmati pengalaman penuh Waze dengan mudah, termasuk:

  • Destinasi Kegemaran Rumah dan Kerja: Navigasi ke destinasi-destinasi yang telah diprogramkan ke dalam aplikasi Waze dengan mudah, semuanya dalam satu sentuhan.
  • Aturkan semua perkara yang diperlukan para pemandu dalam sebuah skrin tontonan yang lengkap sebelum mereka memulakan perjalanan, termasuk keupayaan untuk menyemak laluan-laluan alternatif dan menyesuaikan tetapan bunyi dengan mudah.
  • Pelaporan: Ia kini lebih mudah untuk membantu para pemandu lain dengan menu pelaporan visual berbanding sebelum ini.
  • Makluman: Terima makluman visual dan audio untuk sambil mengekalkan kedua-dua tangan pada stereng.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…