Aplikasi mudah alih daripada PROLINTAS dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
Para pengguna lebuh raya PROLINTAS kini boleh menggunakan aplikasi mudah alih yang baharu sahaja dilancarkan oleh Kumpulan Syarikat PROLINTAS bagi menghantar isyarat kecemasan dan lokasi semasa mereka ketika berlaku insiden yang tidak diingini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelancaran aplikasi ini merupakan sebahagian daripada langkah PROLINTAS di dalam mewujudkan komunikasi dua hala di antara pihak pengendali lebuhraya AKLEH, Guthrie, LKSA dan juga Kajang SILK dengan pelanggan mereka. 
 


Pengguna hanya perlu memilih jenis kecemasan di dalam aplikasi tersebut dan lokasi pengguna akan dikesan secara automatik oleh pasukan peronda menerusi ciri GPS di telefon pintar. 

Perlaksanaan aplikasi ini merupakan kesinambungan daripada kempen komunikasi PROLINTAS dengan tagar* #contactlahkami yang dilancarkan pada Mac tahun lalu. 


Bagi mereka yang ingin menggunakan aplikasi ini boleh berbuat demikian menerusi App Store dan Google Play secara percuma. 

Pihak PROLINTAS juga menyediakan baucer bernilai RM10 kepada 1,000 orang pengguna pertama yang memuat turun aplikasi tersebut. 

*tagar - tanda pagar - hashtag (terima kasih kepada Amanz)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…