Aplikasi Mountune tawar talaan Fiesta ST menerusi satu sentuhan jari

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ford Fiesta ST dilancarkan untuk pasaran pada tahun lalu dengan enjin EcoBoost tiga silinder sebaris berkapasiti 1.5 liter yang mampu menghasilkan 197 hp dan 290 Nm daya tork. 

Untuk sebuah hot hatch segmen B, kuasa tersebut dilihat menyamai Volkswagen Polo GTI dan ketinggalan di belakang Toyota Yaris GRMN. 

Mungkin atas faktor tidak puas hati dengan apa yang ada, sebuah firma penala yang sangat sinonim dengan Ford, iaitu Mountune telah mencipta pakej talaan m225 khusus untuk Ford Fiesta ST. 
 


Pakej m225 ini terdiri daripada naiktaraf beberapa komponen seperti kit induksi beraliran tinggi, serta talaan sistem komputer yang mampu melonjakkan kuasa hot hatch tersebut kepada 222 hp dan 340 Nm daya kilas!

Kesan kenaikan kuasa tersebut, Ford Fiesta ST kini mampu memecut kurang daripada enam saat dari 0-100 km/j. 

Bukan itu sahaja, proses talaan atau re-map enjin ini dibuat menggunakan sistem SMARTflash daripada Mountune, membolehkan pengguna 'melepaskan' kuasa terpendam menerusi aplikasi peranti pintar yang disambungkan kepada capaian Bluetooth pada port diagnostik OBD II. 
 


Dengan adanya sistem ini, pemandu boleh menjalankan kalibrasi dan menukar tetapan dalam masa kurang daripada dua minit, memberikan satu pakej mobiliti serba baharu di dalam arena penalaan kenderaan. 

Malah menurut Mountune, sistem naiktaraf ini tidak pernah sesekali mengabaikan sistem keselamatan yang terpasang pada Ford Fiesta ST dan telah dijamin kualiti dan keberkesanannya. 

Setiap pembelian kit talaan m225 dari Mountune ini akan merangkumi peralatan seperti: 

  • adapter Bluetooh OBD SMARTflash EVI
  • aplikasi mTune SMARTflash (Apple dan Android)
  • tiga mod talaan: Performance, Stock dan Anti-Theft
  • kit induksi aliran tinggi
  • lencana Mountune
  • bekas berzip Mountune
     

 


Harga jualan pula bermula dari £662.50 (RM3,543) dan boleh didapati menerusi laman web Mountune di www.mountunestore.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemaskini pertengahan kitaran ini membawakan perubahan dari segi kosmetik, di mana ia didatangkan…