Aplikasi khas papar tempoh menunggu bas RAPIDKL dalam masa nyata

oleh Mohamad Hanif|
Rapid Bus Sdn Bhd sebagai pengendali operasi perkhidmatan Rapid KL, Go KL dan SMART Selangor hari ini melancarkan aplikasi khas Google Transit yang bakal memanfaatkan ribuan pengguna perkhidmatan bas awam di Lembah Klang dan Selangor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dibangunkan bersama Google, aplikasi ini membolehkan penumpang menyemak lokasi sebenar bas Rapid KL dalam masa nyata untuk hampir 170 laluan bas di sekitar Lembah Klang.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh menyemak data lain seperti kombinasi perkhidmatan bas dan rel, maklumat hentian bas serta jangkaan masa perjalanan sesebuah laluan.

Pada masa akan datang, pihak Rapid Bus juga akan memperluaskan lagi capaian aplikasi ini kepada perkhidmatan bas perantara MRT, Rapid Penang serta Rapid Kuantan.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play atau Apple App Store.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis dan pakar sistem pengangkutan, Abi Sofian Abdul Hamid, berkata jajaran itu,…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Global
Timbalan pengurus besar kementerian itu, Daw Myat Mon Thein memberitahu pada Xinhua "Kami kini…