Aplikasi ini boleh halang pandu lawan arus!

oleh Muhammad Md Tajudin|
ŠKODA Traffication App
ŠKODA Traffication App
Melawan arus atau salah masuk laluan sememangnya suatu isu besar di negara kita. Timbul rasa hairan bagaimana kecuaian ini boleh berlaku dan alasan yang kerap digunakan diletakkan pada aplikasi navigasi telefon pintar.

Hakikatnya, kesalahan melawan arus bukan sahaja berlaku di negara kita tetapi juga di luar negara. 

ŠKODA telah membuat satu penyelidikan* dan 26 peratus pemandu yang ditinjau mengakui memandu mengikut arah salah sekurang-kurangnya sekali dan 15 peratus mengaku mengulanginya berkali-kali. 

41 peratus responden mengatakan mereka mengenali seseorang yang melakukannya dan 65 peratus pernah menyaksikan pemandu lain berbuat perkara sama.

Majoriti responden mengatakan mereka mengalami situasi salah laluan di kawasan bandar dan perumahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SKODA Kamiq

 

Apa akibat melawan arus atau tersalah laluan? Tidak kena tidak mengapa, bila terkena ianya satu bencana yang merugikan. 

Jadinya sampai bila? 

ŠKODA mempunyai jawapan dan pengeluar kereta pertama melancarkan aplikasi bagi memperingati pemandu jika mereka memandu arah yang salah.

Aplikasi tersebut dikenali sebagai Traffication dan dibangunkan bersama Bosch.

Sistem amaran salah laluan Bosch yang berasaskan data awan (cloud-based) telah pun digunakan sebagai aplikasi telefon pintar sejak 2018 dan dan boleh didapati dari 25 rakan aplikasi di Eropah.

Aplikasi Traffication berfungsi dengan memberi peringatan awal dan maklumat penting tentang isu dan bahaya di jalan raya.

Satu daripada ciri utamanya ialah memberikan amaran apabila seseorang pemandu cuba untuk memasuki susur lebuh raya melalui arah yang salah dan seterusnya berlawanan arus.

 

SKODAScala

 

Selain memperingatkan pemandu terhadap kesilapan sendiri, aplikasi Traffication juga mampu memaklumkan pemandu mengenai bahaya di hadapan.

Sebagai contoh, aplikasi Traffication akan memaklumkan kepada pemandu melalui skrin papan pemuka tentang bahaya di jalan hadapan.

Amaran awal dipaparkan apabila sistem mengesan kenderaan yang tidak bergerak dengan nyalaan lampu kecemasan di jalan hadapan seterusnya membantu pemandu supaya berwaspada dan melepasinya dengan selamat.

Aplikasi baharu ini berfungsi bersama sistem navigasi yang didatangkan bersama kereta dengan memaparkan maklumat tentang keadaan trafik.

Jadinya pemandu tidak tertanya-tanya apa yang berlaku di hadapan.

 

SKODAScala

 

Satu ciri menarik ialah aplikasi ini sentiasa berfungsi di belakang tabir di mana pemandu tidak perlu memasukkan destinasi untuk menerima peringatan tentang bahaya.

Aplikasi Traffication boleh digunakan pada model Scala, Kamiq, Karoq dan Kodiaq dengan sistem info hibur premium pada siri ketiga Modular Infotainment Matrix.

Aplikasi ini juga boleh digunakan pada Karoq dan Kodiaq dengan sistem Columbus dan sistem Amundsen pada Scala dan Kamiq.

Model-model lain pula akan ditawarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Memuat turun aplikasi ini tidak sukar iaitu dari dalam kereta menggunakan platform Shop.

 

SKODAScala

 

ŠKODA juga sedang membangunkan fungsi amaran salah laluan untuk dikongsi dengan kenderaan ŠKODA yang lain di kawasan sekitar.

Naik taraf pada masa akan datang ialah pesanan mengenai cuaca dan keadaan jalan dan fungsi pemakluman melalui pembesar suara.

Turut bakal diperkenalkan ialah fungsi untuk pemandu melaporkan sendiri bahaya supaya dapat dimanfaatkan oleh pengguna jalan raya lain.

*Kajian ŠKODA melibatkan 2,000 pemandu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…