Aplikasi eWallet TnG hilang dalam Apple App Store

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan daripada rakan media Amanz, aplikasi Touch n Go eWallet didapati 'hilang' dan telah dikeluarkan daripada senarai aplikasi di Apple App Store.

Ini menyukarkan pengguna peranti pintar iPhone untuk memuat turun aplikasi tersebut, terutama bagi pengguna baharu.

Namun, berdasarkan pengalaman, pengguna sedia ada masih lagi boleh menggunakan aplikasi yang terpasang di dalam iPhone.

 


Menurut Amanz, kebiasaannya Apple akan membuang sesuatu aplikasi apabila ia didapati melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan, ataupun sekiranya akaun pembangun tidak diperbaharui.

Sehingga artikel ini ditulis, pihak Touch n Go masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi namun sumber yang rapat dengan TnG memberitahu isu ini hanyalah bersifat sementara.  

Sumber: Amanz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
ParkEasy merupakan satu medium pintar yang membolehkan pemandu menempah slot parkir di pusat…
Berita Domestik
Menerusi aplikasi Setel, pengguna dan pemilik EV boleh membuat pencarian stesen pengecasan pilihan…
Berita Domestik
Menurut Jay Gomez selaku Pengerusi di Chevron Malaysia Limited berkata, "Pada September 2021, kami…