Aplikasi e-dompet Boost kini boleh digunakan di 800 Stesen minyak Shell

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Boost, sebuah aplikasi e-dompet yang terkenal di alam maya kini maju setapak ke hadapan apabila mengumumkan kerjasama dengan Shell Malaysia. 

Dengan adanya Boost, para pelanggan kini menikmati satu lagi alternatif cara pembayaran tanpa tunai apabila mereka mengisi bahan api atau membeli barangan di hampir 800 buah stesen minyak Shell  dan kedai Select seluruh negara. 

 

 

 

Hanya dengan menambah nilai e-dompet Boost dan imbas kod QR, segala urusan pembelian kini lebih mudah dan pembayaran yang dijamin tahap keselamatannya. 

Bertempat di Shell Shah Alam, Lebuhraya Persekutuan, Shell dan Boost mengumumkan promosi terhad bagi meraikan kerjasama antara kedua-dua syarikat tersebut. 

Bermula dari 14 Mei sehingga 14 Jun 2019, setiap pelanggan yang membuat pembelian bernilai sekurang-kurangnya RM40 dan ke atas menerusi aplikasi Boost, mereka akan menerima  tunai semula sebanyak RM5. 

 

 

 

Sekadar makluman, kerjasama antara Boost dan Shell Trading sebenarnya sudah pun terjalin rapat sejak 1 April 2019 yang lalu.

Shell Trading Malaysia kini mensasarkan untuk meluaskan lagi pelaksanaan aplikasi e-dompet Boost kepada semua 950 buah stesen minyak Shell di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi peraduan BoostUp Pick & Win, Boost eWallet turut menawarkan pelbagai hadiah menarik…
Berita Domestik
Sebanyak 80,000 pulangan tunai bernilai sehingga RM240,000 boleh diperolehi melalui aplikasi Boost…
Informasi
  "Sehingga 12 tengah hari, kapasiti aplikasi mencerminkan peningkatan dalam pemprosesan trafik…