Aplikasi bantuan kecemasan tepi jalan Pomen App kini dilancarkan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tersangkut ditengah jalan akibat kerosakan kenderaan adakalanya menjadi mimpi ngeri yang menyukarkan urusan kerja seharian, atau ketika dalam perjalanan untuk berjumpa yang tersayang. 

Diasaskan pada Januari tahun lalu serta dilancarkan pada Oktober 2018, Pomen App ialah sebuah aplikasi ekosistem bantuan 24 jam/7 hari seminggu bertujuan untuk membantu para pemandu mendapatkan bantuan secepat yang mungkin. 

Salah satu ciri menarik yang ada pada Pomen App ini ialah kebolehan untuk mengumpulkan kesemua ahli keluarga di bawah satu profil yang sama. 

Ini membolehkan setiap orang menerima notifikasi sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan melibatkan ahli keluarga. 
 


Aplikasi ini memudahkan mereka untuk mengesan penyedia perkhidmatan Pomen App dalam masa nyata - fungsi yang sangat berguna kepada para pemandu wanita yang mengalami kerosakan kenderaan di mana sahaja. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh Bosch Automotive Aftermarket, hanya 1 peratus sahaja pemandu wanita yang mampu menyelesaikan masalah berkaitan kereta tanpa bantuan, jika dibandingkan dengan 48% pemandu lelaki. 

Ini merupakan fokus utama Pomen App dalam memberikan jaminan keselamatan dan perkhidmatan yang boleh dipercayai terutama kepada pemandu wanita. 

Jaminan yang diberikan termasuklah mendapatkan perkhidmatan jejak masa nyata, harga tetap tanpa sebarang kos tambahan serta keahlian percuma bagi mengelakkan sebarang insiden penipuan oleh bengkel yang tidak bertauliah. 
 


Antara servis yang ditawarkan termasuklah jump-start bateri, penukaran tayar, serta perkhidmatan servis kenderaan yang boleh didapati menerusi 100 bengkel yang berdaftar di bawah Program Transformasi Bengkel MARii. 

Pomen App kini terdapat di seluruh Malaysia khususnya di Lembah Klang, Ipoh, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. 

 


Aplikasi Pomen App boleh dimuat turun secara percuma di platform Google Play Store dan Apple App Store.

Pomen App - Android Play Store

Pomen App - Apple App Store