Apakah yang cuba dibawakan oleh Mitsubishi pada Tokyo Motor Show 2019?

oleh Mohamad Hanif|
Gambar yang dibekalkan oleh Mitsubishi ini sedikit aneh kerana ia memaparkan bahagian belakang sebuah kenderaan dengan empat bukaan yang dipercayai merupakan sistem ventilasi (macam kipas bukan?).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Percaya atau tidak, ia sebenarnya adalah gambar acah dari Mitsubishi di mana syarikat pengeluar dari Jepun itu akan mempamerkan sebuah model konsep SUV kecil yang dilengkapi dengan sistem plug-in hybrid. 

Menurut Mitsubishi, sistem plug-in hybrid yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda elektrik itu mampu memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan serta menawarkan keyakinan untuk menawan apa jua bentuk muka bumi.

Selain daripada itu, SUV kecil ini juga mampu membenarkan pemandu untuk pergi lebih jauh melebihi batasan ketika sedang melakukan aktiviti luar. 

Mungkin sekali mengikut trend retro moden, bahagian belakang SUV ini mempunyai bentuk kekotakan, serta bahagian bumbung yang terpisah dua dikemasi dengan trim gentian karbon. 

Ruang kecil yang kelihatan antara dua struktur kiri dan kanan itu memperlihatkan sebahagian daripada trenkuasa elektrik yang menjana SUV ini. 

Butiran yang lebih lanjut hanya akan didedahkan pada hari pertama acara Tokyo Motor Show 2019 pada 23 Oktober ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…