Apabila NATS mengUruskan sebuah GT86 - trak pikap Urus 86!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak menjebakkan diri ke dalam arena automotif dan menjadi pemerhati kepada hasil karya anak-anak muda para pelajar Nihon Automobile College (NATS), boleh dikatakan ada diantara produk yang dipamerkan pada Tokyo Auto Salon saban tahun yang menarik perhatian.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Tidak kurang juga segelintir yang cuba lari daripada kebiasaan dengan mencipta sesuatu yang unik dan aneh dalam masa yang sama. 

Itulah yang cuba ditonjolkan menerusi hasil karya trak pikap ala Lamborghini Urus yang menggunakan asas daripada sebuah kereta sports murah, Toyota GT86.

Ya, trak pikap dan ini boleh dikesan menerusi penambahan bahagian truck bed di belakang tempat duduk hadapan dan rekaan keseluruhan yang diilhamkan daripada SUV terpantas di muka bumi, Lamborghini Urus.

Turut kelihatan ialah set rim FUEL OFFROAD bersaiz 20 inci yang dibalut dengan tayar Nitto Terragrappler bersaiz 265/50 R20 di segenap sudut trak pikap ini. 


Unit enjin asal 2.0 liter masih dikekalkan, namun diberikan modifikasi kit turbo TRUST GReddy T517Z, menjadikan kuasa akhir bertambah menjadi 266 kuasa kuda dan 304 Nm daya kilas

Hasil akhir trak pikap Urus 86 ini bakal dipertontonkan di acara Tokyo Auto Salon 2019 daripada 11-13 Januari ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut dipercayai telah melanggar belakang…
Berita Domestik
Menurutnya, kumpulan sindiket berkenaan berfungsi secara terancang dan terlatih, malah mereka…
Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, 2 varian akan ditawarkan iaitu T9 Diesel dan T9 EV, menjadikannya sebagai…