Apabila Kia Sorento diubah suai, ini hasilnya!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Sorento Zion Edition
Kia Sorento Zion Edition
Jarang kelihatan sebenarnya kenderaan buatan Kia yang diubah suai dapat dilihat di jalan raya. Tapi itu bukan masalah besar kerana Kia sendiri boleh mengubah suai seperti yang boleh dilihat pada dua SUV Sorento ini.

Kia Motors America (KMA) menampilkan projek one-off Sorento Yosemite Edition dan Zion Edition yang dipertontonkan secara maya sempena mesyuarat pengedar Kia di Amerika Syarikat.

Kedua-dua SUV tersebut diubah suai dari Sorento X-Line dan dibuat oleh LGE-CTE Motorsports di California.

Inspirasi untuk Sorento Yosemite Edition dan Zion Edition datangnya dari persekitaran taman negara Amerika.

Sorento Yosemite Edition dibina tinggi bagi permukaan mencabar dan kehidupan pergunungan manakala Zion Edition pula untuk kawasan berpasir dan mengharungi gumuk (dune).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Sorento Yosemite Edition
Kia Sorento Yosemite Edition

 

Sorento Yosemite Edition menggunakan warna Pine Green dan Zion Edition dalam kemasan kusam (matte) dengan riasan hitam kusam dan kilat.

Selain itu kedua-dua edisi khas ini berkongsi komponen sama seperti badan ditinggikan kepada 8.3 inci, sudut mendaki dan menuruni (approach/departure) yang ditingkatkan dan pacuan AWD lebih canggih dengan mod salji.

Badan SUV itu dilengkapi fender flare custom bagi melindungi roda saiz 20 inci dan tayar sebesar 32 inci. Melindungi badan ialah skid plate dan brush guard depan dalam warna krom sating.

Rak bumbung untuk Yosemite Edition berbeza dengan Zion Edition dari jenis cargo top ukuran panjang penuh.

 

Kia Sorento Yosemite Edition
Kia Sorento Yosemite Edition

 

Projek ubah suai ini hanyalah one-off sahaja namun Kia akan menawarkan pelbagai aksesori buat pemilik Sorento yang mahukan sesuatu berbeza.

Di antaranya ialah palang rak bumbung, cangkuk tunda dan pemijak sisi.

Kia Sorento 2021 akan mula berada di bilik pameran di AS bermula November 2020. Bagaimana pula dengan pasaran negara kita?

Sejak Sorento generasi pertama, pengedar tempatan belum gagal untuk menggantikannya dengan model baharu.

Cuma isu pengedaran perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Sorento Zion Edition
Kia Sorento Zion Edition

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…