Apabila Alfa Romeo menceburi bidang komersil...

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dirungkai kembali sejarah silam, Alfa Romeo bukanlah tidak pernah menghasilkan kenderaan khusus di dalam bidang komersil, seperti trak dan kenderaan komersil ringan. 

Malah ia sebenarnya sudah pun bermula seawal 1930-an untuk keguanaan komersil, trolleybus, serta trak pengangkut askar Itali dan askar German ketika Perang Dunia Kedua sebelum segmen ini dihentikan sepenuhnya pada tahun 1967. 
 


Semenjak daripada itu, Alfa Romeo hanya memfokuskan tumpuan kepada penghasilan kereta penumpang sahaja. 

Namun, bagaimana sekiranya Alfa Romeo ingin menceburi kembali ke dalam bidang komersil? Taekang Lee, seorang pereka daripada Korea ada jawapannya. 

Menggunakan imej janaan komputer, Taekang Lee mengintegrasikan bahasa rekaan Alfa Romeo kepada sebuah trak trailer semi, dan ini boleh dilihat menerusi gril unik Scudetto yang menghiasi muka hadapan trak ini. 
 


Rekaan itu kemudian diteruskan dengan aliran berlekuk ke bahagian sisi kabin dan diiikuti oleh penampilan lampu nyalaan siang LED yang tampak tajam.

Dengan layangan warna merah yang menjadi identiti setiap kenderaan Alfa Romeo, ia menjadikan trak ini salah satu trak yang paling cantik pernah dihasilkan. 
 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Satu daripadanya ialah sedan Giulia EV yang akan tiba tahun 2025, diikuti pengganti Stelvio pada…