Apa yang 'tersirat' disebalik R dan RR

oleh SALINA JALIL|
Penambahan huruf R pada nama model motosikal biasanya mengaitkan jentera tersebut dengan perlumbaan (racing) atau replika.


Dalam industri kereta pun, huruf R membawa maksud yang sama, dengan akhiran RS merupakan singkatan bagi terma bahasa Jerman iaitu Rennsport yang bermaksud 'racing'.


RR pula sering digunakan untuk 'Race Replica' (replika perlumbaan) atau Race-Ready (sedia untuk berlumba).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Mungkin ada yang mengatakan bahawa menambah huruf R ini hanyalah gimik dan satu helah pemasaran, tetapi kebanyakkannya merupakan jentera yang ditawarkan dengan menggabungkan tekologi perlumbaan di litar.

 

Jentera Honda yang memaparkan RR umpamanya, seperti bagi varian CBR600 atau CBR1000, memang dilengkapi dengan komponen-komponen yang lebih baik yang biasanya agak sama dengan yang digunakan pada jentera perlumbaan, tetapi motosikal ini masih agak jauh dari prototaip yang digunakan dalam perlumbaan.

 

Namun begitu Honda RR merupakan varian dalam pasaran yang paling hampir dengan jentera perlumbaan, yang boleh dibeli umum.

 

Kadangkala ada juga replika jentera lumba yang ditawarkan oleh Honda atau Ducati yang menawarkan edisi terhad "replika," yang mungkin berharga jauh lebih tinggi dari model perdana mereka.

 

 

Ada satu lagi jenis R, yang digunakan oleh BMW, tetapi lazimnya digunakan sebagai huruf pertama pada nama model.

 

Ramai yang mengatakan ia membawa maksud Reihen, perkataan Jerman bagi 'tali', tetapi dalam kes ini ia menandakan talian yang rata .

 

Enjin boxer ikonik BMW itu sebenarnya sering dirujuk sebagai "kembar rata atau bertentang", jadi ia agak mudah memahami pilihan R atau Reihen itu.

 

Bagi model BMW lain yang mempunyai huruf R di belakang, tentunya ia lebih relevan dengan Rennsport atau pun Race-Replica.

 

 

Jentera RSV Aprilia pula dikatakan menanda Racing untuk siri model perlumbaan enjin V-kembarnya, tetapi ada juga yang percaya bahawa ianya berasal dari nama Rotax, iaitu pengeluar enjin Austria yang membekalkan unit kuasa untuk beberapa pengeluar motosikal.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…