Apa yang perlu anda tahu tentang kod tayar kenderaan!

oleh SALINA JALIL|
Tayar merupakan komponen yang paling penting dalam sesebuah kenderaan yang bergerak di atas darat, tidak kiralah ia bersaiz besar atau kecil. Hatta kereta sorong pun tidak akan berfungsi jika tiada tayar. Ada pelbagai jenis dan jenama tayar berada dipasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Setiap tayar juga mempunyai kod dan fungsinya yang berbeza. Kami tahu mungkin ramai pembaca yang telah mengetahui mengenai perkara ini, tapi tidak salah kalau kami membuat ulang kaji atau memberi penerangan kepada mereka yang belum mengetahuinya.

 

Jom kita semak kod tayar kenderaan masing-masing!

 

Contoh kod tayar kenderaan : P205/65/R1594H 

 

1. Huruf di hadapan, sebagai contoh : P, menerangkan jenis kenderaan yang boleh digunakan oleh tayar tersebut. 


Penerangannya adalah seperti berikut : 

 

i.    P: Kereta penumpang (Passenger Car)

 

ii.   LT: Trak ringan (Light Truck)

 


iii.  ST: Treler khas (Special Trailer) 

 

iv.   T:  Sementara (Temporary) (kegunaannya hanya untuk tayar gantian "jimat-ruang" sementara sahaja). Sila tukar tayar anda dengan kadar segera.

 

 

 

2.  Nombor di hadapan sekali – contoh : 205 adalah mewakili lebar tayar anda. 

 


3.  Nombor seterusnya pula – contoh : 65 adalah peratus ketinggian tayar daripada jumlah lebar tayar  tersebut. 

 


4.  Huruf R pula bermaksud Radial. 

 


5.  Nombor seterusnya seterusnya – contoh : 15 adalah saiz rim untuk tayar tersebut dalam inci 

 


6.  Nombor berikutnya – contoh : 94 adalah had maksimum bebanan 

 


7.  Huruf terakhir – contoh : H adalah had maksimum kelajuan 210 km / jam (jangan main tekan pedal ikut suka ya!).

Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud: 

 

i.   S = Maksimum had laju 180 km / jam

 

ii.  T = Maksimum had laju 190 km / jam 

 

iii.  U = Maksimum had laju 200 km / jam

 

iv.  V = Maksimum had laju 240 km / jam 

 

v.   Z = Melebihi had laju 240 km / jam

 

vi.  W = Maksimum had laju 270 km / jam 

 

vii.  Y = Maksimum had laju 300 km / jam 

 

viii. ZR = melebihi 270 km / jam ke atas

 

 

 

 

 

Treadwear (bunga tayar); contoh 240 traction A temperature A.  

 

Ia membawa maksud bahawa kadar kehausan bunga tayar tersebut adalah 240. Semakin tinggi nilai (nombor tertera) semakin tebal dan lambat haus bunga tayar tersebut. Perlu diingatkan bahawa ini hanya panduan sahaja kerana kehausan bunga tayar turut melibatkan cara pemanduan anda sendiri, penjagaan tayar tersebut seperti kadar angin tayar, penjajaran dan penyelasaran (balancing dan alignment), keadaan jalan raya dan cuaca.

 


Traction A pula terbahagi kepada AA yang membawa maksud paling bagus diikuti dengan A, B dan C.

 


Temperature A iaitu ketahanan suhu seperti berikut:

 

i.   A: kawasan panas

ii.  B: kawasan bercuaca normal/biasa

iii. C: kawasan sejuk

 

 

Bukan makanan sahaja yang mempunyai tarikh luput tetapi tayar juga ada tarikh luputnya! Setiap tayar ada 4 angka tercatit di bahagian sisi tayar. 


Sebagai contoh - 0518. Nombor tersebut menunjukkan tayar tersebut telah dikeluarkan pada minggu ke-5 tahun 2018. 

 


Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya telah menjadi keras kerana ia sudah tamat tempoh

 


Sebelum menukar tayar baharu cuba anda pastikan tahun pengeluarannya, sebaik-baiknya adalah tahun yang terkini. 

 

Jika anda membeli tayar keluaran tahun 2016 (contoh), anda boleh cuba meminta potongan harga sebanyak 20 sehingga 60 peratus daripada harga asal; lebih lama (tua) tayar yang telah dikeluarkan, lebih banyak anda disarankan meminta diskaun atau potongan harga kerana itu hak anda sebagai pengguna. 

 

Jadi pengguna yang bijak dan rajin-rajin lah membuat kaji selidik dan perbandingan harga kerana setiap kedai tayar menawarkan harga dan jenama yang berlainan dan terpulang kepada kebijaksanaan anda membuat penilaian! Jangan diguna tayar celup pula ya!

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…